Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Saturday, January 21, 2012

Alhamdulillah...

Akak (Nur Syafiyyah A'liah) dan Adik (Burhanuddin Al-Hilmi)

Selamat hari Lahir Safiyyah!!..semoga menjadi anak yang solehah. 19/01/2012 merupakan tarikh lahir bagi seorang anak PASTI. Nur Syafiyyah A'liah. Anak Ustaz Hilmi. Walaupun hanya seorang sahaja yang menyambut Birthday Girl, tapi macam semua yang meraikan birthday masing-masing. InsyaAllah, kami di pihak pengurusan PASTI telah merancang untuk menyambut Hari Lahir setiap pelajar PASTI. Kalau ramai dalam bulan tu, kami akan gabungkan. Teringat pula masa menyambut Hari Lahir adik usrah dulu dengan Hari Lahir sahabat rapat. Walaupun hanya dengan sebiji kek, namun suasananya tetap meriah. Apa yang pastinya tujuannya adalah untuk kita sama-sama meraihkan dan merapatkan ukhuwah. 

Sunday, January 15, 2012

Kursus Al-Baghdadi di Sabah

SEBARANG MASALAH BOLEHLAH MENGHUBUNGI : NURSYABRI = 014-8613699
                                                                                            




Wednesday, January 11, 2012

Membina Generasi Al-Quran

"Maka bersedialah diri kamu dan dedahkannya dengan tarbiah yang betul dan ujian yang halus. Maka ujilah diri kamu dengan bekerja. Bekerja keras memang tidak menyeronokkan bahkan membebankan. Oleh yang demikian, hendaklah dihapuskan perasaan dan keinginan berehat serta cara hidup selesa. Kamu jangan sama sekali mensia-siakan setiap saat yang dimiliki tanpa bekerja. Maka pada ketika itu kamu akan mendapat pertolongan dan sokongan juga kemenangan dari Allah".