Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, September 24, 2010

Kepulanganku...

KEHIDUPAN / LIFE

Alhamdulillah, segala puji Allah..
Hari ini hari yang ke-5 aku berada di kampus selepas cuti raya selama hampir 2 minggu.  Hari ini juga aku masih berkesempatan menulis sedikit perkongsian mengenai kepulanganku ke kampus walaupun aku dah hampir seminggu di kampus. Aku tiba di kampus pada hari ahad petang. Setelah menempuh hampir 4 jam setengah perjalanan dari Labuan-Menumbok-Kota Kinabalu. Akhirnya aku tiba d kampus dalam pukul 1.15 petang. Aku dijemput oleh sahabat housemateku iaitu syabri dengan motor yang kurindui selama 12 hari. Macam isteri plak.hehehe.


Semasa perjalanan pulang ke Menumbuk, aku ingatkan dah kurang orang pulang, rupanya sangkaan ku meleset. Feri pada hari itu dipenuhi oleh orang ramai dan majoriti yang ada di dalam feri adalah remaja. Biasalah pelajar Politeknik, pelajar sekolah yang bersekolah di Kota Kinabalu, pelajar UITM, Kolej, ILP dan seangkatan dengannya turut pulang ke 'kampung' ke-2 mereka. Di dalam feri macam biasalah, kami disajikan dengan movie.Kali ini, aku duduk di depan sebelah kanan sambil menjamu selera sarapan pagi yang ku beli dan menonton movie 'Ayat-ayat Cinta'. Terkejut juga aku movie ini plak yang jadi 'sajian' kami. Alhamdulillah, harap apa yang baik dalam movie itu diambil. Movie ini aku da banyak kali tengok. Adalah dalam 3-5 kali.hehe. Di dalam bas, macam biasalah aku tidur jak. Mengantuk sebab semalam tengok bola sampai subuh.


TIba dikampus macam biasalah kemas bilik dulu. Walaupun bilik memang dah aku kemaskan sebelum pulang, namun yang menjadi kehairananku adalah semut. Selepas aku solat Zohor, banyak plak semut. Aku mencari puncanya dan akhirnya aku melihat sekumpulan semut sedang menjamu 'selera'. Selepas aku bersihkan, aku makan 'nasi goreng' yang Syabri goreng sebelum ambil aku. Sedap tapi 'pedas'. Biasalah aku kurang makan pedas. Selepas itu, aku kemas beg dan barang-barang aku. Kemudian aku berehat sebentar menuggu masa untuk ke airport untuk mengambil roomateku Faiz Farhan yang tiba dalam pukul 3.30 pm dari Kelantan.


Ketika hendak pulang ke kampus dari airport, aku hampir plak accident. Nasib baik sempat brek. Biasalah lama tak bawa 'isteri 1'.hehe. Motor aku lama tak 'service'. Hari itu aku pulang dengan tugasan assignment yang ada lagi 'part' yang aku tak siapkan. Akhirnya malam itu aku dapat siapkan juga. Assignment berkaitan 'Pengkid', 'buang bayi', Undang-Undang dan pekerja sosial' dan 'kognitif disorder'. Sebenarnya ada lagi assignment gorup yang masih dalam proses. Midtermku yang ke-4 akan bermula hari khamis dan midterm seterusnya minggu hadapan.


Hari ini merupakan hari yang lapang sikit buat aku setelah beberapa hari sibuk dengan kelas, mesyuarat dan assignment. Kelas hari ini dibatalkan. Walaupun dibatalkan, kerja kampus masih ada yang perlu diselesaikan. Minggu ini ada program megarewang@e di kolej kediaman yang aku tinggal. Ahad, kami akan buat majlis Hari Raya Surau. Mesyuarat kampus setiap minggu. Alhamdulllah hari ini juga, penantianku selama 3 bulan lebih akhirnya berhasil. Proposalku diluluskan. Program surau akan berjalan dengan lancar selepas ini. Amin. Ya ALLAH permudahkan segala urusanku.


Mungkin itu sedikit perkongsian rentetan kehidupanku selepas dan ketika sampai ke kampus sempena cuti raya. Walaupun cuti kali ini aku habiskan di rumah sahaja. Cuma ada beberapa hari aku bersukan dan berjalan (berjaur kata orang brunei). Cuti ini juga aku belajar buat 'cheese kek' yang separa menjadi. Jadi suri rumah.hehe. Walau apa pun, kehidupan mesti diteruskan. Syukur alhamdulillah kerana ALLAH masih memberi peluang untuk terus menghirup udara-NYA dan bergerak kerja untuk agama-NYA. 
Permudahkanlah Ya ALLAH.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman, hiasi peribadi....
Perubahan bermula dari diri sendiri...


~ FNAH ~

No comments: