17 Februari 2011, bermulalah sudah medan siasah kampus. Seramai 16 calon umum yang layak bertanding akan beradu tenaga untuk merebut 7 kerusi umum yang akan dipertandingkan. Pada tahun ini calon cina bertambah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu seramai 4 orang (2 Lelaki, 2 Perempuan). Terdapat beberapa sekolah yang telah menang tanpa bertanding iaitu SPKS (2), SPTA (1), SPS (1), SSMP (1) dan buat pertama kalinya PASCASISWAZAH (1) bertanding. Walaupun terdapat beberapa kekecohan berlaku semasa kempen dan juga rapat umum dijalankan, jentera yang menggunakan warna oren tetap tenang. Ketika rapat umum penulis mendengar khabar ada pelajar "ditumbuk". Penulis tidak pasti apa sebabnya. Apa yang penulis ingin komen, cara begini tidak bagus kerana apa yang penulis dapat tahu, pelajar berkenaan sekadar ingin menegur supaya tidak bising ketika calon-calon sedang berucap, namun lain yang terjadi selepas itu. Kepada semua mahasiswa, ayuh turun mengundi calon anda. Kepada semua jentera, mohon kerjasama dan timbulkan rasa hormat dalam diri terhadap calon-calon lain ketika berkempen dan juga rapat umum. Tunjukkan bahawa anda seorang mahasiswa universiti. Kita jangan hanya pandai berkata-kata, tetapi tindakan untuk kebajikan mahasiswa hanya sekadar OMONG kosong. Sedikit gambar kenangan semasa PRK UMS berlangsung.
Monday, February 21, 2011
PRO-M (OREN) VS REVO-M (MERAH)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment