Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Monday, May 23, 2011

Kembali...




Alhamdulillah, hari ini genaplah 3 hari aku berada di JBS Labuan (Jabatan Belia Sukan WP Labuan). Hari ini juga genaplah 6 hari aku berada di Labuan. Lama juga aku tidak mengisi teratak ini dengan pelbagai perkongsian cerita ataupun maklumat semasa. Aku tidaklah busy sangat, Cuma malas nak update. Aku akan berada di JBS Labuan selama 3 bulan untuk melengkapkan pengajianku selama 3 tahun bagi program Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian (Pembangunan Belia dan Komuniti). Hari pertama melapor diri aku telah berjumpa dengan Pengarah dan juga beberapa orang penting di JBS Labuan. Hari pertama juga aku turut ‘join’ Majlis Pemberian Kunci Bangunan Baru JBS Labuan. Bangunan tersebut akan menggantikan pejabat yang kami guna sekarang. Namun, buat masa sekarang bangunan tersebut tidak boleh digunakan kerana masih kosong dan tidak mempunyai perabot lagi.



Penemanku


Bilik pinjam



 
Hari kedua aku praktikal, aku ditempatkan di bahagian belia. Di bahagian tersebut terdapat 4 orang pegawai termasuk Penyelia Lapangan aku, En. Ronnie. Aku beruntung kerana terdapat 1 bilik kosong dan aku ditempatkan di situ. Bilik tersebut sebenarnya khas untuk Pegawai Pembangunan Sosio-ekonomi, tetapi pegawai tersebut telah berpindah dan jawatan tersebut masih kosong. Bilik tersebut berhadapan dengan bilik Penyelia Lapangan aku. Hari ketiga pulak, aku sempat ke akademi memasak dibawah JBS Labuan yang dikendalikan oleh Chef’s Ang Cawangan Labuan. Seramai 20 orang pelajar yang berusia dalam lingkungan 18-28 tahun belajar di situ. Pelajar tersebut merupakan tajaan JBS Labuan di bawah program 3K Belia Bestari 2011. Program tersebut akan melatih golongan belia yang ‘bermasalah’ dan tidak lagi melanjutkan pengajian. Manakala hari ke-4 pula aku sempat ke Akademi IT JBS Labuan di bawah program 3K Belia Bestari 2011. Manakala sebelah petang pula aku sempat ‘join’ staff JBS Labuan training badminton. Begitulah sedikit perkongsian untuk semua sepanjang aku berpraktikum pada minggu pertama. Apa yang pastinya, kehidupan baru untuk aku bermula lagi. Semoga ada ‘sesuatu’ yang aku dapat buat di Labuan ini.



ISLAM UNTUK SEMUA



No comments: