Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Sunday, June 26, 2011

Misi Penyelamat dan Kasih Sayang


Hari ini merupakan hari bertambahnya umurku. Pelbagai ucapan aku terima dari sahabat-sahabat yang masih mengingati tarikh lahirku. Kepada adik usrahku Rafiq, terima kasih atas 'gambar misteri' yang dibuat olehnya. Lucu dan tergelak sendiri melihat gambar diri sendiri yang semakin 'berisi'. Hari ni juga aku dan beberapa orang sahabat dari Yayasan Amal meluangkan sedikit masa untuk melawat satu keluarga angkat Yayasan Amal. Rombongan pada malam itu diketuai oleh Harieyadi dan pemandu kami adalah Hakim. Rombongan kami disertai seramai 6 orang sahaja (3 muslimin dan 3 muslimat).

Adik Yasier dan Hakim
Seorang anak dari keluarga berkenaan akan kami ambil untuk diberikan tuisyen percuma di bawah program Yayasan Amal. Adik tersebut bernama Yasier Arafat. Merupakan pelajar tingkatan 5 dan mengambil subjek sains stream di SMK Labuan. Dia juga merupakan kawan adik aku dan aktif dalam bidang sukan (bola,futsal,olahraga dan badminton) serta berkebolehan dalam bidang pidato (merupakan Johan dan sering mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan). Walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan, ketabahan dan kegigihannya dalam pelajaran dan juga sukan wajar dicontohi oleh kita. Kelincahannya ketika mengelecek bola dan kepetahannya ketika berpidato masih tidak membolehkan dirinya mendapat bantuan daripada pihak yang berkenaan walaupun adik Yasier telah memohon berulang kali.


No comments: