Hari
ini kami menerima tetamu dari jauh. Seorang aktivis mahasiswa yang selalu
membuat ‘onar’ di semenanjung demi menuntut keadilan dan kebebasan
bersuara untuk mahasiswa. Merupakan bekas pelajar di UMS KAL dan kini menuntut
di KUIS. Pada pagi itu hanya Harieyadi dan Hakim yang menjemput shukri di
airport dengan menggunakan kereta myvi milik Qatrun. Aku pada masa itu masih
lagi tidur-tidur ayam. Jadi aku tinggalah sorang di rumah. Mereka sampai di
rumah selepas zohor. Lambat juga mereka sampai (dalam hati), sebab mereka
singgah membeli alatan memancing di bandar. Inilah kali kedua aku berjumpa
dengan Shukri. Kali pertama, ketika beliau memberi ucapan ketika mahasiswa UMS
KK membuat demo senyap untuk Palestin. Petang itu juga aku terpaksa menjadi ‘chef’.
Ketika di rumah aku lihat Shukri sibuk dengan panggilan-panggilan dari seberang
terutamanya media. Ini kerana sebelum beliau ke Labuan, beliau selaku Pengerusi
SMM telah mengadakan demo lilin di UIAM untuk menuntut kebebasan Prof.
Aziz Bari. Seorang pensyarah di UIAM.
Selepas solat asar, kami pun bergerak ke
destinasi untuk memancing. Mencari tempat yang sesuai untuk memancing. Akhirnya
kami memilih port sekitar Manikar Beach berdekatan dengan kawasan rumah
yang paling besar di Labuan. Laman rumah sahaja boleh di buat padang golf.
Tidak berapa lama pancing Shukri mengena sesuatu. Rupanya ikan, pertarungan pun
bermula. Ketika hendak menaikkan ikan berkenaan ke tebing, ikan tersebut berjaya
meloloskan dirinya sebelum sempat dimasukkan ke dalam bekas. Geram juga tak
dapat ikan tersebut, namun kami pasrah ianya bukan rezeki kami. Aktiviti
memancing diteruskan lagi hingga ke maghrib, Namun, kami berasa hampa kerana
selepas ikan tersebut terlepas kami tidak berjaya mendapatkan hasil yang kami
harapkan. Sedikit gurauan pada petang itu. Aku berkata ‘mungkin ikan tadi
dah SMS kepada semua ikan supaya jangan berenang berdekatan tempat kami
memancing, sebab itulah tak dah sudah yang mengena’. Semua gelak dan mengiyakan.
Walaupun tidak mendapat apa yang diharapkan,
yang melucukan anak ikan buntal sering kali melekat di umpan, seperti baby
yang tengah menyusu. Bukan sahaja anak ikan buntal, rumpai laut pun menjadi
mangsa umpan kami. Terasa berat rupanya rumpai laut. Hampa tidak mendapat
sebarang hasil, kami pun beredar dan singgah menunaikan solat maghrib di masjid
yang berdekatan. Selepas itu kami singgah makan di ‘Tomyam Island’ area
Bataras. Shukri memilih ikan untuk juadah kami. Selain itu kami juga memesan
sup tulang. Sedap dan menyelerakan. Melihat ikan yang dihidangkan tadi,
mengingatkan aku ikan yang terlepas tadi. Setelah menjamu selera, sedikit
perbincangan dan perkongsian daripada Shukri mengenai keadaan semasa dalam
Negara dan mengenai demo yang beliau buat baru-baru ini. Selepas itu kami
singgah sebentar di Supermarket Bataras untuk membeli tong gas.
Pada malam itu, kami membuat sedikit
perbincangan dan perkongsian maklumat daripada shukri dengan alumni KAL dan aku
yang bukan alumni KAL. Banyak maklumat yang aku perolehi pada malam itu.
Perbincangan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Banyak yang aku
tidak tahu sebelum ini mengenai sosialis dan mendapat pencerahan
daripada Shukri. Fahmi Reza, itulah nama yang Shukri sering sebut dan
mengaitkannya dengan golongan sosialis di Malaysia. Maklumat mengenai
gerakan-gerakan yang aku tidak pernah dengar di kampus membuatkan aku berasa
seperti budak kecil yang baru belajar mengenal abjad. Terasa ingin kembali
semula di alam kampus. Selepas itu, kami keluar makan di KFC dan singgah
sekejap di OneMart membeli barang. Ketika makan di KFC, kami dikejutkan dengan
gelagat beberapa orang yang telah mabuk dengan ‘percakapan’ yang memang
melucukan juga. Terfikir dalam fikiranku, kalau beginilah Labuan setiap malam,
banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengubah minda orang Labuan. Arak sudah
menjadi ‘minuman’ rasmi kebanyakkan orang Labuan di waktu malam. Pub-pub yang
semakin bertambah dan pengunjungnya sentiasa ada walaupun hujan. Tiba di rumah,
masing-masing mencari port untuk tidur. Selepas solat subuh aku dan Yin menghantar
kereta kepada tuannya. Selepas itu aku mengemas barang-barangku dan berehat
sebentar kemudian pulang ke rumah. Tiba di rumah, aku mengemas pakaianku dan
membasuhnya. Sudah 2 hari aku tak balik rumah. Rumah PEMUDA merupakan rumah
keduaku. Aku mendapat mesej dari KP yang memberitahu supaya ready untuk
ke Ijtimak Tarbawi di KUIZM, Taman Melewar, Gombak pada 28-31 Oktober 2011.
Akhirnya aku terlena dibuai mimpi yang indah.
No comments:
Post a Comment