Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Monday, August 30, 2010

MERDEKA DI BULAN RAMADHAN

KEHIDUPAN / LIFE


Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."
Surah al-Baqarah, ayat 183.


Alhamdulillah, ramadhan kali ini kita akan menyambut sekali lagi Hari Kebangsaan atau lebih ‘best’ dipanggil Hari Kemerdekaan. Kalau zaman budak-budak dulu, kita sebut ‘MERDEKA’. Setelah malam nuzul Quran, kita akan beralih kepada malam kemerdekaan iaitu sambutan ambang kemerdekaan yang kebiasaannya akan disambut sehari sebelum tarikh sebenar. Pada tarikh ini, macam biasalah pelbagai ‘aksi menarik’ akan kita dapat lihat pada malam ambang kemerdekaan. Penulis masih lagi ingat ketika sambutan Kemerdekaan pada tahun 2008, masa itu penulis baru masuk Universiti. Masa itu, penulis dan beberapa rakan lain ‘join’ seorang abang senior pergi ke Padang Merdeka Kota Kinabalu untuk melihat bagaimana sambutan Hari Kemerdekaan di samping mengedarkan risalah untuk membendung masalah sosial. Best juga tengok gelagat manusia. Tapi yang mendukacitakan penampilan remaja ketika itu sama dengan ‘mat saleh’ yang sudah jauh dari ketimuran.

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Awalnya rahmat, tengahnya pengampunan dan akhirnya bebas daripada neraka”.

Penulis bukan hendak mengulas mengenai Hari Kemerdekaan. Cuma hendak memberi pandangan mengenai ‘MERDEKA’ di bulan ramadhan yang di dalamnya ada Sambutan Hari Kemerdekaan. Ramai orang ketika ramadhan berasa dirinya sudah bebas. Bebas sebab syaitan dah tiada. Kena penjara. Tapi ada segelintir yang tidak tahu, walaupun syaitan tiada, kawannya masih ada iaitu Nafsu. Itulah sebabnya ada lagi yang masih tidak berpuasa walaupun dah akil baligh. Cuba kita lihat ketika berbuka, sebelum berbuka sudah merancang nak makan apa dan ada yang merancang sampai 5 jenis makanan yang hendak di makan. Adakah ini boleh digelar sebagai ‘MERDEKA’. Kita masih terikat lagi dengan Nafsu yang sememangnya sentiasa ada dalam diri kita. Cuma yang membezakan adalah bagaimana kita hendak mengawalnya. Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi remaja untuk berhibur di malam ambang kemerdekaan walaupun kita tahu ia dalam bulan ramadhan. Lebih-lebih lagi Hari Kemerdekaan kali ini di penghujung ramadhan dan kita semua sedia maklum, turunnya malam Lailatul Qadar adalah pada 10 malam terakhir (pendapat yang kuat). Oleh itu sewajarnya sambutan Hari Kemerdekaan yang sepatutnya dilakukan bukanlah seperti yang sering kita lihat. Tidak salah untuk berhibur. Tetapi yang menjadi masalah adalah berlebihan dalam berhibur dan bagaimana saluran dalam berhibur.

Kesan negatif lebih banyak diperolehi daripada kesan positif sekiranya hedonisme (pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup - kamus dewan edisi 4 DBP) lebih diutamakan dan menjadi satu ‘kewajipan’ dalam menyambut ‘MERDEKA’. Kita sedia maklum isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dan semalam penulis sempat membaca akhbar dan ada lagi kes buang bayi iaitu bayi yang masih hidup dan bertali pusat dibuang dalam ‘paper bag’ dan digantung di trafic light. Kebanyakan masalah sosial jika kita lihat semuanya berpunca dari remaja. Rasanya kalau sahabat-sahabat ingin melihat kebenaran dan rasa ingin tahu benarkah remaja kita sekarang bermasalah, mari kita sama-sama turun padang melihat aksi-aksi ‘menarik’ remaja kita di malam ambang kemerdekaan. Anda boleh lihat di sambutan Hari Kemerdekaan nanti, tepi-tepi pantai dan sebagainya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan tidak meninggalkan berkelakuan dengan dasar dusta (ertinya berdusta dengan anggota), maka Allah SWT tidak akan memberikan apa-apa ganjaran ke atas keletihannya meninggalkan makan dan minum (maksudnya berpuasa)". (Hadith Riwayat Bukhari)


Akhir kata, marilah kita bersama-sama menyelami ramadhan yang akan masuk fasa ke-3. 10 akhir ramadhan yang sangat dicari-cari oleh golongan yang merasai kehangatan ramadhan. Tidak lama lagi, musuh utama manusia akan bebas dan ‘MERDEKA’. Bagaimana pula dengan kita??adakah kita masih berada ditahap yang sama?atau adakah kita sudah ‘MERDEKA’?Tepuk dada tanya iman kita.

Friday, August 27, 2010

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

KEHIDUPAN / LIFE

JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIKBALIK Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.


http://www.halal.gov.my

Mahasiswa Berpolitik...

KEHIDUPAN / LIFE


MAHASISWA BERPOLITIK??

Wajarkah mahasiswa berpolitik? Isu ini hangat diperkatakan beberapa hari yang lepas. Isu mahasiswa berpolitik bukanlah asing lagi kerana isu ini sudah lama diperkatakan ketika zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu lagi. Isu ini kembali hangat kerana beberapa ahli politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang menyarankan mahasiswa untuk turut serta dalam arena politik semasa. Kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah iaitu “sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik”. Selain itu, terdapat beberapa ahli politik lain turut menyokong kenyatan yang telah dibuat oleh beliau.

Walau bagaimanapun, keputusan kabinet baru-baru ini melarang mahasiswa daripada terlibat dengan politik ataupun politik kepartian. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata seksyen 15, AUKU yang dipinda baru-baru ini, sudah memadai dalam konteks membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik kepartian selepas mendapat kebenaran naib canselor.

Keputusan yang telah dikeluarkan oleh kabinet telah disambut baik oleh beberapa pemimpin mahasiswa dan ada juga beberapa pemimpin mahasiswa yang masih tetap memperjuangkan agar mahasiswa boleh menyertai politik kepartian. Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah diadakan di Bangi, mengemukakan resolusi kepada kerajaan iaitu menyokong pembabitan mahasiswa dalam parti politik. Menariknya, resolusi ini disokong 191 daripada 335 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di konvensyen, 128 wakil tidak bersetuju dan selebihnya tidak pasti. Maka dikatakan resolusi ini diluluskan atas dasar sokongan majoriti.

Menurut pandangan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin keputusan itu dibuat dilihat tidak mengambil kira bahawa mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. "Kerajaan perlu melihat mahasiswa sebagai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas diberi hak, partisipasi (dalam politik), berhimpun dan memberikan pandangan. "Kami kecewa dengan keputusan kabinet yang tidak membina (semangat) mahasiswa, sebaliknya lebih bersifat untuk membunuh semangat mahasiswa. "Jika seksyen 15 AUKU (Akta Univeristi dan Kolej Universiti) membenarkan mahasiswa berpolitik dengan izin naib canselor, maka seksyen ini jugalah digunakan untuk mendakwa mahasiswa dalam mahkamah. Di mana hak mahasiswa?" soalnya.

Sementara itu, pengerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Ahmad Wafi Sahedan berkata beliau menyambut baik keputusan jemaah menteri itu kerana berpandangan kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memutuskan perkara berkenaan. Ahmad Wafi berkata walaupun kerajaan tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik kepartian, kumpulan itu mempunyai saluran lain untuk terlibat dengan kegiatan masyarakat. "Pindaan AUKU memberi peluang untuk menjadi mahasiwa berwibawa dan lebih bagus dengan terlibat dengan NGO untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan," katanya. Tegasnya, mahasiswa perlu menjadi satu golongan yang mempunyai pendirian dan tidak dipengaruhi serta bebas mengkritik mana-mana pihak. Ahmad Wafi merupakan yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (MPMUSM).

Bagaimana dengan pandangan rakan-rakan mahasiswa sekalian? Bagi pandangan penulis sendiri, kewajaran mahasiswa untuk berpolitik perlu kerana cuba kita lihat setiap tahun akan diadakan perlantikan dan pertukaran kepimpinan mahasiswa sama ada Majlis Perwakilan Mahasiswa ataupun Kepimpinan Kolej Kediaman di setiap IPT. Sebelum bermulanya pihanraya kampus, kumpulan mahasiswa akan membuat poster, baner, ucapan umum dan ini jika kita lihat sama seperti ketika pilihan raya umum (PRU). Sebelum mengundur diri, Marilah kita bersama-sama selaku mahasiswa kampus untuk sentiasa peka terhadap isu semasa dalam dan juga luar negara.