Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, September 24, 2010

Kepulanganku...

KEHIDUPAN / LIFE

Alhamdulillah, segala puji Allah..
Hari ini hari yang ke-5 aku berada di kampus selepas cuti raya selama hampir 2 minggu.  Hari ini juga aku masih berkesempatan menulis sedikit perkongsian mengenai kepulanganku ke kampus walaupun aku dah hampir seminggu di kampus. Aku tiba di kampus pada hari ahad petang. Setelah menempuh hampir 4 jam setengah perjalanan dari Labuan-Menumbok-Kota Kinabalu. Akhirnya aku tiba d kampus dalam pukul 1.15 petang. Aku dijemput oleh sahabat housemateku iaitu syabri dengan motor yang kurindui selama 12 hari. Macam isteri plak.hehehe.


Semasa perjalanan pulang ke Menumbuk, aku ingatkan dah kurang orang pulang, rupanya sangkaan ku meleset. Feri pada hari itu dipenuhi oleh orang ramai dan majoriti yang ada di dalam feri adalah remaja. Biasalah pelajar Politeknik, pelajar sekolah yang bersekolah di Kota Kinabalu, pelajar UITM, Kolej, ILP dan seangkatan dengannya turut pulang ke 'kampung' ke-2 mereka. Di dalam feri macam biasalah, kami disajikan dengan movie.Kali ini, aku duduk di depan sebelah kanan sambil menjamu selera sarapan pagi yang ku beli dan menonton movie 'Ayat-ayat Cinta'. Terkejut juga aku movie ini plak yang jadi 'sajian' kami. Alhamdulillah, harap apa yang baik dalam movie itu diambil. Movie ini aku da banyak kali tengok. Adalah dalam 3-5 kali.hehe. Di dalam bas, macam biasalah aku tidur jak. Mengantuk sebab semalam tengok bola sampai subuh.


TIba dikampus macam biasalah kemas bilik dulu. Walaupun bilik memang dah aku kemaskan sebelum pulang, namun yang menjadi kehairananku adalah semut. Selepas aku solat Zohor, banyak plak semut. Aku mencari puncanya dan akhirnya aku melihat sekumpulan semut sedang menjamu 'selera'. Selepas aku bersihkan, aku makan 'nasi goreng' yang Syabri goreng sebelum ambil aku. Sedap tapi 'pedas'. Biasalah aku kurang makan pedas. Selepas itu, aku kemas beg dan barang-barang aku. Kemudian aku berehat sebentar menuggu masa untuk ke airport untuk mengambil roomateku Faiz Farhan yang tiba dalam pukul 3.30 pm dari Kelantan.


Ketika hendak pulang ke kampus dari airport, aku hampir plak accident. Nasib baik sempat brek. Biasalah lama tak bawa 'isteri 1'.hehe. Motor aku lama tak 'service'. Hari itu aku pulang dengan tugasan assignment yang ada lagi 'part' yang aku tak siapkan. Akhirnya malam itu aku dapat siapkan juga. Assignment berkaitan 'Pengkid', 'buang bayi', Undang-Undang dan pekerja sosial' dan 'kognitif disorder'. Sebenarnya ada lagi assignment gorup yang masih dalam proses. Midtermku yang ke-4 akan bermula hari khamis dan midterm seterusnya minggu hadapan.


Hari ini merupakan hari yang lapang sikit buat aku setelah beberapa hari sibuk dengan kelas, mesyuarat dan assignment. Kelas hari ini dibatalkan. Walaupun dibatalkan, kerja kampus masih ada yang perlu diselesaikan. Minggu ini ada program megarewang@e di kolej kediaman yang aku tinggal. Ahad, kami akan buat majlis Hari Raya Surau. Mesyuarat kampus setiap minggu. Alhamdulllah hari ini juga, penantianku selama 3 bulan lebih akhirnya berhasil. Proposalku diluluskan. Program surau akan berjalan dengan lancar selepas ini. Amin. Ya ALLAH permudahkan segala urusanku.


Mungkin itu sedikit perkongsian rentetan kehidupanku selepas dan ketika sampai ke kampus sempena cuti raya. Walaupun cuti kali ini aku habiskan di rumah sahaja. Cuma ada beberapa hari aku bersukan dan berjalan (berjaur kata orang brunei). Cuti ini juga aku belajar buat 'cheese kek' yang separa menjadi. Jadi suri rumah.hehe. Walau apa pun, kehidupan mesti diteruskan. Syukur alhamdulillah kerana ALLAH masih memberi peluang untuk terus menghirup udara-NYA dan bergerak kerja untuk agama-NYA. 
Permudahkanlah Ya ALLAH.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman, hiasi peribadi....
Perubahan bermula dari diri sendiri...


~ FNAH ~

Friday, September 10, 2010

Perutusan Idulfitri Tuan Guru Nik Aziz

KEHIDUPAN / LIFE


Bismillahir Rahmanir Rahim
Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.Lailaha Illallah Wallahu akbar.Allahuakbar Walillahil Hamd
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.
Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi di dalam bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri 1431H pada tahun ini. Sesungguhnya kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT ini wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan aktiviti ibadah dan seterusnya meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa.

 

Orang yang bertaqwa hidupnya selari dengan agama. Hidup beragama terlalu jauh berbeza dengan hidup berdasarkan perlembagaan buatan manusia. Kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang mereka perlembagaan dapat membawa ruh perlembagaan buatan ini untuk memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT. Tanpa ada seebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatann ini menyelamatkan seseorang manusia itu darripada neraka Allah SWT.


Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya.


Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini mansua akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia.
Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah iaitu bertakbir di merata-rata temppat.


Insya-allah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata.


Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amin apabila imam menghabiskan bacaan al-fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan.


Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. Insya-allah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai.


Selain itu, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa berada di jalan raya. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan akibat perkara yang tidak diingini semasa di jalanraya. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.

Salam Idulfitri. Minal ’aidin wal faizin.

Dengan hormat,
YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
1 Syawwal 1431H 

Tuesday, September 7, 2010

Balik Kampung....

KEHIDUPAN / LIFE

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku di rumah. setelah 2 jam lebih naik bas, di sambung dengan feri selama 2 jam lebih juga. akhirnya aku sampai di rumah dalam pukul 6.36 malam waktu Malaysia (macam dari oversea plak). Ketibaanku di terminal feri disambut oleh adikku. Setibanya di rumah aku bertemu ibuku dan juga pakcikku (adik bongsu ibuku). Makan malam bersama keluarga dengan hidangan yang aku memang tidak pernah jumpa di kampus. Sungguh menyelerakan, namun mood makanku malam ni turun plak. Terlalu penat hari ni. Sebelum bergerak pulang, aku mengemas rumah, bilikku, cuci motorku dan basuh kain. Dalam 3 jam lebih aku peruntukkan masaku untuk selesaikan semuanya. Kemudian roomateku (faiz) menghantarku ke terminal bas. Sebelum bergerak aku menemaninya ke bank untuk membayar bil kereta HM dan selepas itu menemaninya shopping baju raya. Masa nak keluar dari SERVAY terjumpa dengan junior sekolahku (Jusman). Alhamdulillah dia masih cam aku. Borak-borak sikit. Selepas itu barulah kami gerak ke terminal bas KK-Menumbok. Ramai juga orang nak ke Menumbok hari ni. Masa nak gerak ke pondok bas, jumpa plak dengan Tun Mustapha. Seniorku dulu. Dia dah habis study di UM. Antara orang paling aktif masa sekolah. Borak-borak sikit dan kemudian dia gerak dengan kakaknya, aku pun bergegas ke Masjid untuk solat Zohor.


Perjalananku kali ini tidak seperti kebiasaanya, aku berasa terlalu letih. Nasib baik puasa. Di dalam bas apalagi tidur la. Sampai sahaja Menumbok, aku ke Masjid berdekatan untuk solat Asar. Kali ini tidak ramai yang pulang ke Labuan. Biasa la, penghuni di Labuan pun kebanyakannya berasal dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Di dalam feri aku duduk depan. Memang kurang orang yang ke Labuan hari ini. Mungkin ramai dah balik kampung halaman masing-masing. Di feri, kami disajikan dengan movie. Aku apa lagi tido laa..hehee. Bukan tak berminat cuma keletihan hari ini menyebabkan aku nak tido.


Tapi yang keciannya, housemateku Faiz Kasim tak pulang. Tu yang awal pagi da kemas rumah. Khubaib paling awal pulang. Kemudian Ilhaam dan Syabri. Aku hari isnin, Faiz Farhan hari selasa. Semoga cuti kali ini ada manfaat untuk aku. Raya tahun ini, cuma kami berlima sahaja. Biasanya berenam. Adik perempuanku da jadi isteri orang. Jadi kena ikut suamilah. Dia beraya di Negeri Sembilan tahun ni.


Mungkin itu sahaja sedikit perkongsian rentetan perjalananku pulang ke rumah sempena cuti raya ini. Tidak terlalu banyak perkara yang boleh dikongsi cuma yang menariknya, aku terjumpa beberapa orang sahabat lama masa sekolah menengah. Buat sahabatku yang menjaga motorku, jaga elok-elok motor ya. Aku da basuh dan kilatkan motor tu. Pulang Labuan ni teringin nak ke pantai plak. Nak ke Masjid Jamek. Nak ke kedai sukan yang biasa aku dan adik aku lawati. Walau apa pun semoga ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ini, kita sama-sama ambil peluang untuk terus mencari 'SESUATU' yang jarang kita temui.

Sunday, September 5, 2010

DI SEBALIK IKLAN RAYA??

KEHIDUPAN / LIFE

Panas: Motif Iklan Raya Di TV3 Terbongkar, Pihak TV3 Terutamanya Farid Ridzuan Wajar Hentikan Siaran Tersebut Dan Mohon Maaf Secara Terbuka. Susulan artikel tentang iklan raya TV3 yang dikatakan menghina Islam yang disiarkan oleh stesyen televisyen itu sekarang ini, maka banyaklah rungutan yang telah diterima daripada para pembaca yang langsung tidak menyedarinya.


Malahan, mungkin bagi mereka yang selalu tiada di rumah, iklan tersebut memang tidak diketahui langsung. Susulan pendedahan ini juga, semakin ramai umat Islam menghantarkan bantahan di laman facebook bantahan yang turut kami sertakan. Malahan juga difahamkan, banyak pihak mahu supaya pihak TV3 terutamanya CEO Datuk Farid Ridzuan (foto), memohon maaf atas keterlanjuran ini. Malah, tidak kurang juga mereka yang akan mengadakan demontrasi dan membuat laporan polis terhadap insiden ini.

Ternyata TV3 sengaja “menjolok sarang tebuan”, disaat isu agama dan perkauman sering dipaparkan mereka pula yang cuba melakukan onar. Apakah perlu aduan rakyat dibuat terhadap TV3 agaknya. Apakah Karam Singh Walia bisa membuat ulasan tentang masalah ini?. Semua ini kini bermain difikiran rakyat. Maka, disini kami ingin paparkan satu maklumat terbaru tentang motif iklan tersebut disiarkan oleh TV3.

Ternyata ada pihak-pihak tertentu yang ingin mendakyahkan umat Islam terutaman kanak-kanak dan remaja Melayu supaya menerima agama lain dalam hidup mereka terutamanya Kristian dan Buddha. Justeru itulah kita tidak hairan terdapat paparan yang jelas dan memunyai kaitan langsung dengan motif tersebut.

Antara pembongkaran dasyat yang telah dikenal pasti ialah:-
Scene1 - Budak Lelaki Melayu Tilik Buku Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia denganbertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung… di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene2 - Close Up Muka Surat Bergambar Beca Scene2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene3 - Keluarnya Bintang-Bintang Kecil Beraura  Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya darigambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
1.Bintang-bintang kecil beraura -Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih -POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene4 - Budak Melayu Masuk Ke Dalam Beca Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu. – yusrizan usop

[Disamping scene-scene yang dinyatakan, ternyata gambaran beberapa orang mengacau dodol dan keluarnya pelita dari kelopak bungat Teratai pula jelas menunjukkan cahaya datang dari Tuhan Brahma (Budhha) untuk menerangi alam ini. Semua ini jelas menunjukkan yang ada agenda jahat pihak berkenaan untuk memesongkan minda umat Islam di negara ini. Maka itu, adalah jelas supaya pihak TV3 memohon maaf secara terbuka dan menghentikan penyiaran iklan tersebut dengan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan marah dengan apa yang dipaparkan. Apapun, semoga kejadian ini menjadi pengajaran berguna buat semua terutamanya TV3 agar lebih peka dan sensitif dengan isu agama seperti ini. Jika selama ini mereka banyak menyiarkan isu yang dimainkan oleh pihak lain, kini akhirnya perkara yang sama terkena atas batang hidung merek sendiri pula. Jangan sampai umat Islam di negara ini memboikot pula TV3 nanti!].

Thursday, September 2, 2010

Masih seperti biasa...

KEHIDUPAN / LIFE


31 OGOS 2010 - Wisma Merdeka, Kota Kinabalu. Laungan 'MERDEKA' bergema lagi. Walaupun kali ini tiada sambutan hangat seperti yang berlaku 2 tahun lepas namun situasi tidak jauh berbeza seperti sambutan Kemerdekaan terdahulu mahupun sambutan tahun baru yang lepas-lepas. Bunyi bising menyelubungi Bandar Kota Kinabalu seawal pukul 11 malam lagi. Deruman enjin kereta mahupun motorsikal menghangatkan lagi suasana. Tepat sahaja detik 12 tengah malam, bunyi mercun dari sebuah kereta proton WAJA membingitkan lagi suasana. Anak muda yang menunggang motorsikal menunjukkan aksi mereka. Di sekitar 'port' Wisma Merdeka dipenuhi orang ramai. Ada yang bersama keluarga mahupun pasangan yang sedang hangat 'beraksi' tanpa segan silu. Pelancong asing kelihatan tersenyum melihat 'kehangatan' malam 'MERDEKA' yang ditunjukkan oleh anak muda yang seakan lupa bahawa mereka berada di bulan yang penuh barakah. Begitu la 'kehangatan' yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terutamanya remaja yang di bawah belasan tahun dan ada juga sebaya penulis serta ada juga yang lebih tua dari penulis. Penulis bukan hendak menghukum mana-mana pihak tetapi hendak berkongsi kepada semua pembaca mengenai situasi malam 'MERDEKA' yang tiap tahun diraikan oleh remaja dan belia negara kita. Mungkin ini yang dikatakan merdeka bagi mereka. Dengan melaungkan perkataan 'MERDEKA', mereka telah merdeka. Walaupun hakikatnya kita masih terjajah dari pelbagai aspek terutamanya minda kita.

Penulis turun menjenguk suasana 'kehangatan MERDEKA' bersama beberapa orang sahabat penulis melihat sendiri bagaimana gelagat warga sekitar Kota Kinabalu meraikan ambang kemerdekaan Negara kita yang ke-53. Di samping mengedarkan risalah khas 'MERDEKA' untuk bacaan orang ramai, kami hanya dapat tersenyum dan mengharapkan risalah yang diberikan dibaca dan dapat memberi sedikit info mengenai apa sebenarnya yang patut kita buat untuk 'MERDEKA'. Penulis sempat 'ditemu ramah' oleh seorang abang mengenai edaran risalah yang kami berikan. Abang tersebut berharap usaha kami ini diteruskan untuk masa depan yang tidak tahu apakah kesudahannya.

Satu adegan yang menarik penulis saksikan ketika mengedarkan risalah di setiap kereta yang parking di tepi jalan. Sebuah kereta proton saga, dengan cermin tertutup dan didalamnya dua orang berlainan jantina sedang memadu asmara. Nasib baik ada kereta polis datang dan adegan tersebut 'tergantung'. Penulis hanya dapat meletakkan risalah di tepi tingkap dan tersenyum ke arah kereta berkenaan. Mungkin mereka terkejut kereta polis berhenti di sebelah jalan. Kereta polis berhenti dan menahan sekumpulan remaja bermotorsikal yang penulis rasa tengah 'angau'.

Habis sahaja mengedarkan risalah, penulis dan sahabat penulis beredar dari tempat kejadian menuju destinasi yang biasa kami kunjungi iaitu PARVIS. Setibanya di sana, sahabat penulis yang mengedarkan risalah di Pantai Tanjung Lipat lebih awal sampai dan tengah menjamu selera. Sehabis menjamu selera, kami beredar ke rumah yang sering dikunjungi oleh masyarakat muslim kalau nak terawih. Rasanya semua dapat meneka ke mana arah kami. Malam itu, kami bermalam di situ sehingga keesokkan harinya barulah kami masuk ke kampus. 

Rentetan perjalanan semalam membuatkan penulis tidak dapat tidur dengan nyenyak. Penulis teringat semasa penulis berada di asrama 4 tahun yang lalu. Ketika ambang kemerdekaan, penulis bersama warga asrama  Seri Cemara menyambut Kemerdekaan bersama dengan Pengetua, Penyelia dan juga felo. Ketika ambang kemerdekaan kami disajikan dengan puisi kemerdekaan dan sedikit ucapan dari pengetua dan diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku dan laungan 'MERDEKA' oleh pengetua. Sebelum itu, bagi yang muslim kami beramai-ramai solat hajat selepas Isyak. Walaupun sambutan hanya sedimikian, namun kesan dan cara itu yang patut diterapkan oleh masyarakat kita pada masa kini. Penulis sempat membaca akhbar mengenai sambutan kemerdekaan yang dibuat di Kelantan. Alhamdulillah, satu pendekatan yang baik bagi umat Islam. Begitu juga dengan Negeri Pulau Pinang yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina. Pelaksanaan sedemikian yang patut kita terapkan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.


Semoga apa yang penulis kongsi kali ini, memberi sedikit maklumat ataupun dapat membuka minda sahabat-sahabat mengenai apa yang berlaku sebenarnya kepada masyarakat kita, khususnya belia dan remaja kita pada masa kini. Bagi yang muslim, ingat sahabat-sahabat sekalian :
"Allah telah memuliakan kita dengan Islam, dan dengan Islam kita menjadi mulia"
(Hj. Fadzil Mohd Noor)