Adie dan Hakim
Alhamdulillah, kita telah masuk ke fasa terakhir ramadhan 1432H. Jelajah Ramadhan siri III dan yang terakhir untuk ramadhan kali ini diteruskan lagi pada 20 Ogos 2011. Rombongan kali ini disertai seramai 11 orang muslimin dan 3 orang muslimat dengan menggunakan 6 buah kereta. Lokasi tumpuan kali ni adalah sekitar Kg. Sg. Bedaun, Sg. Buton, Layang-Layangan, Bukit Kuda, Kilan dan Bebuloh. Pada kali ini lebih kurang 25 buah rumah sahaja yang sempat dilawati.
sumbangan
Pergerakan kali ini lewat sedikit kerana kami menunggu Hj. Amir mengambil keretanya yang baru siap dibaiki dari bengkel. Kami bergerak dalam pukul 9.15 pagi dan jelajah pada hari itu tamat pada pukul 12.20 tengah hari. Selepas itu kami kembali ke Masjid Jamek Layangan dan solat zohor. Selepas solat zohor, aku, adie dan hakim bergerak ke bandar untuk membeli barang-barang keperluan Program Bubur Lambok. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan oleh-NYA. Muslimat telah membantu kami membeli barang-barang keperluan kerana mereka lebih 'expect' dalam bab-bab memasak.
rumah terakhir
simpang ke rumah Adik Firdaus
Setelah selesai, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu melawat sebuah keluarga ibu tunggal yang mempunyai anak (adik Firdaus) yang menghidapi masalah sakit jantung. Tujuan asal kami adalah untuk mencari keluarga bagi Jom Sahur siri IV kami. Namun, apabila tiba kami diberitahu mengenai nasib yang menimpa adik Firdaus. Adik Firdaus sudah menjalani 3 kali pembedahan dan pembedahan seterusnya akan diadakan pada pertengahan september ini di IJN. Alhamdulillah, adik Firdaus mendapat sumbangan daripada MAIWP dan JKM serta sumbangan peribadi dari agensi swasta. Namun sumbangan berkenaan masih tidak dapat menampung kos pembiayaan operasi pembedahan adik Firdaus yang dianggarkan RM 35 000 setiap kali pembedahan (belum termasuk kos perjalanan ke IJN). Daripada pihak Yayasan Amal telah memaklumkan kepada Hj. Amir selaku YDP dan akan memasukkan masalah yang dihadapi oleh adik Firdaus dalam mesyuarat bersama MAIWP dan NGO-NGO kebajikan sekitar Labuan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
maklumat mengenai penyakit Adik Firdaus
Selepas itu kami pun bergerak pulang ke rumah dan singgah solat asar di Masjid Sg. Bedaun. Perjalanan hari ini sungguh meletihkan. Walaupun rasa letih, namun keseronokkan menyelami kehidupan masyarakat membuatkan diri ini bertambah segar di bulan yang mulia ini. Semoga ada sesuatu yang dapat diri ini sumbangkan untuk masyarakat dan yang paling penting untuk ISLAM.
No comments:
Post a Comment