Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Thursday, August 11, 2011

Kembara Ramadhan bermula...


 Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik. kita dah masuk ke fasa ke-2 bulan ramadhan 1432H. Dalam Fasa 1 Ramadhan, aku diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ustaz Dato' Abu Bakar Chik pada ramadhan yang ke-8 di rumah Haji Basran. Beliau datang ke Labuan untuk mencari dana bagi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu dan siri lawatan kerja untuk melihat keadaan di W.P. Labuan.  



Hari ini, aku dan beberapa orang sahabat dari Yayasan Amal Labuan, Nisa Labuan dan Isra TC memulakan kembara ramadhan kami dengan Program Indah Ramadhan iaitu Jom Sahur Siri 1. Kembara ramadhan kami pada pagi itu disertai oleh 7 orang muslimin dan 3 orang muslimat. 



Pergerakan kami bermula seawal pukul 3.00 pagi menggunakan 3 buah kereta (innova dan 2 honda civic). Berkumpul di rumah Pemuda dan selepas itu mengambil muslimat, kemudian bergerak mengambil makanan yang telah ditempah di Kampung Merinding bersebelahan dengan Matrikulasi Labuan. Dalam pukul 3.50 pagi, akhirnya kami sampai di destinasi yang nak dituju iaitu rumah adik Yasser di Kampung Gersik Baru. Tiba di rumah adik Yasser, kami disambut oleh ayah dan ibunya. Sedikit kerisauan dari kami kerana terpaksa mengganggu suasana tidur keluarga adik Yasser terutamanya anak buahnya iaitu Balqis yang berusia 3 tahun.


Program pada pagi itu dimulakan dengan sedikit ucapan daripada En. Megat. Kemudian pemberian sumbangan kepada keluarga adik Yasser dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Akmal. Selepas itu kami bersahur beramai-ramai. Selesai sahaja bersahur, sedikit perbualan dan doa penutup. Kemudian kami pun beredar dan singgah solat subuh di Masjid Jamek W.P. Labuan.

Program kali ini merupakan julung kali diadakan dan InsyaALLAH daripada Yayasan Amal akan meneruskan lagi program sedemikian dalam masa terdekat ini. Tidak dilupakan kepada semua yang terlibat iaitu En. Megat, Ustaz Akmal, Abg Diman, Diman, Adie, Hakim, Qatrun, Hasni dan Yani. Semoga usaha kita akan dapat meringankan beban masyarakat yang memerlukan di sekitar W.P. Labuan.

No comments: