Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Monday, August 29, 2011

Terakhir.....Perubahan...



Pejam celik, pejam celik kita dah hampir sampai di penghujung garisan penamat bagi bulan Ramadhan 1432H. Pelbagai kenangan pastinya terpahat di dalam diri setiap individu yang merasai ramadhan kali ini. Mungkin ada diantara kita yang melalui peristiwa yang memilukan dan menyedihkan ketika ramadhan. Mungkin juga ada diantara kita yang mendapat sesuatu yang mengembirakan. Namun, jika difikirkan semua itu pasti ada sebab dan juga hikmah disebaliknya.

Dalam mana kita memilih menjadi seorang dai’e dalam gerakan ISLAM, kita akan memberi dan menerima,  jangan membataskan diri hanya dengan menerima, tidak bernilai dan tiada makna di sisi ISLAM kalau kita berdiri hanya untuk menerima semata-mata, hakikat sebenarnya adalah untuk MEMBERI ”....-Mujahidah cilik-


Teringat satu rancangan TV berkaitan dengan Ketentuan-NYA. Kenapa kita sering di uji? Kenapa asyik-asyik kita yang mendapat musibah? Kenapa dia yang tidak kenal mengenai TUHAN senang-lenang dengan kereta besar, rumah besar, isteri besar dan duit semuanya besar-besar. Jawapan yang ustaz berikan sesuai dan boleh diterima oleh sesiapa yang mendengarnya pada masa itu. Jawapan ustaz, "kerana Dia sayang dengan kita. Dia nak uji tahap keimanan kita. Dalam al-Quran ada menjelaskan mengenai ujian Allah. Kalau kita sentiasa ingat dan bersyukur dengan apa yang ada, kita akan MERASAI sesuatu. Itulah yang dinamakan Qada dan Qadar Allah. Namun, setiap orang perlu cuba mengubah apa yang ada dalam dirinya iaitu ke arah yang lebih baik dan dekat dengan-NYA." Lebih kurang begitulah jawapan yang ustaz tu bagi.


Begitu juga dengan beberapa fenomena baru yang mungkin ramai yang kurang menyedarinya iaitu berkaitan dengan rancangan drama tv yang semakin nampak 'Islamik". Adakah ini hanya untuk sepanjang Ramadhan sahaja? Harap ia adalah satu perubahan yang baru dan boleh mengubah sesuatu. Namun, ada beberapa rancangan drama yang disiarkan memperlihatkan sesuatu yang boleh menyebabkan orang Islam dan bukan Islam melihat agama Islam bukan yang sepatutnya. Sebagai contohnya, Drama "Tahajjud Cinta" telah mendapat kecaman daripada beberapa pihak terutamanya pelajar yang belajar di Jordan dan pelajar yang mengambil jurusan agama. Ini kerana konsep dan cara drama ini. Saya sempat membaca satu pandangan dan sedikit teguran daripada Mantan Presiden MPPM Jordan dalam majalah I keluaran Ogos (Bil. 106). Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan. Kita nak BIAH ISLAM dalam masyarakat namun cara yang ditunjukkan tidak menggambarkan suasana sebenar tentang Islam. Mungkin ada diantara sahabat sekalian pernah melihat Ketika Cinta Bertasbih iaitu drama dari Indonesia. Walaupun ada pelakon yang diluar drama tidak bertudung, namun apabila dalam lakonan masih boleh 'menjaga' apa yang sepatutnya. Konsep dan cara sedemikian yang perlu kita 'tonjolkan' dalam drama tv.  Kalau dapat berubah terus lagi baik.


Ramadhan yang menuju hari terakhirnya ini juga, saya ingin berkongsi sedikit kepada semua sahabat. Kita sering mendengar orang berkata 'harap ramadhan kali ini boleh mengubah sesuatu'. Dari pandangan saya ia lebih kepada perubahan. Alhamdulillah, semakin ramai yang boleh mengubah diri. Contohnya, ramai artis yang mula mengubah cara hidup yang lebih mendekatkan diri kepada-NYA. Kalau sebelum ini kita mendengar Bob Lokman, Maher Zain, Ashraf Muslim, ahli kumpulan VE, Ruffedge dan Innuendo (kini Al-Mawlid) dan kini bekas pemain gitar kumpulan Kamikaze. Antara kumpulan Rock yang pernah terkenal ketika aku masih di bangku sekolah menengah lagi. Lagu yang paling aku suka masa itu, Luhur. Sampai pernah aku (tingkatan 4) nyanyikan semasa Konvensyen PUM di UMS 2003. Bagi aku, perubahan itu yang penting. Cuba kita imbas kembali dan bermuhasabah dalam diri mengenai diri kita sebelum ini. Apa yang Tuhan telah berikan. Apa yang kita dapat. Cuba lihat keburukan yang ada itu dengan apa yang pernah kita buat selama ini. Adakah itu penyebabnya? Jika tidak, cuba kita selidiki diri kita. Apa yang kita pernah sumbang untuk-NYA? sudah cukupkah?

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan ini juga aku diberi peluang untuk menyelami kehidupan masyarakat sekitar W.P. Labuan. Walaupun sebelum ini hanya melihat bagaimana kehidupan masyarakat yang kurang 'upaya' di dalam tv, kali ini diri ini melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar masyarakat sekitar W.P. Labuan. Belum lagi kita melihat kehidupan sebenar masyarakat di Palestin, Somalia, Bosnia dan sekitar Benua Afrika. Kita yang berada di Malaysia patut rasa bersyukur dengan apa yang ada walaupun hakikatnya ada 'sesuatu' yang perlu diubah dalam keadaan politik semasa negara kita.

 nenek yang berusia 81 tahun

Sempena menuju Syawal yang bakal menjelang beberapa detik lagi, aku berharap ada sesuatu yang boleh kita bawa menuju hari-hari tanpa Ramadhan kerana tamatnya ramadhan, akan bermulalah sudah peperangan yang terhenti beberapa hari. Semoga diri kita akan lebih dekat dengan-NYA dan sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan. AMIN.


"Kecantikan rohani merupakan kecantikan yang hakiki yang membawa faedah kepada seluruh umat Islam."-WARDINA SAFIYYAH-

No comments: