Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Saturday, July 4, 2009

SISWA!!!

Alhamdulillah..induksi MSM sesi 2009/2010 da habis..MSM sesi 2009/2010 UMS pun da habis..hehehe..satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan…Semoga induksi dan MSM kali ini akan memberi banyak manfaat kepada diri ini dan sahabat yang lain untuk diaplikasikan pada masa akan datang…

Emmm…kami telah ‘berinduksi’ selama hampir seminggu iaitu bermula 19 Jun 2009 dan berakhir pada 25 Jun 2009…semasa MSM berlangsung banyak aktiviti telah kami ikuti seperti mendaki puncak UMS, ke ODEC, Sukaneka dan berjalan kaki..hehehe…walaupun penat, tapi banyak input yang berguna…

MSM bermula pada 26 Jun iaitu pada tarikh lahir aku..hehehe..ni laa tugas pertama aku selaku PSM kali ini..aku bertugas sebagai PSM protokol dan sambutan pelajar…bahagian yang sering mendapat perhatian dari semua PSM…hari pertama bertugas,aku di tempatkan di lapangan terbang MAS bermula pukul 6 pagi hingga pukul 4 petang…tetapi kami balik lambat..hehehe…hari pertama da dapat ‘ikan-ikan’..hehehe…

Hari kedua aku masih di tempatkan di lapangan terbang MAS…memang boring sebab jarang orang..hehehe…hari berikutnya aku dan beberapa AJK ditempatkan di lapangan terbang AIRASIA…di sini ok skit,tak bosan sangat..ramai orang dan pelajar baru sampai…tapi tak sejuk macam di MAS…bayangkan botol air mineral biasa boleh sejuk..hehehe…

Semasa MSM berlangsung merupakan saat yang penuh dengan cabaran…MSM kali ini aku telah diberi tugas sebagai ‘Abang SISWA’…tugas yang sering menjadi tumpuan setiap kali MSM berlangsung…sebenarnya bukan aku,tetapi ada sebab tertentu,aku dilantik…tugas ‘Abang SISWA’ ni macam MC juga tapi tambah skit..kena kawal dewan..meriahkan dewan..mengajar menghafal lagu UMS,bagi motivasi,bagi information dan menyebut perkataan ‘SISWA!!!’..hehehe…emmm…walau apa pun,ada beberapa pihak mempertikaikan aku sebagai ‘Abang SISWA’…tak apa laa…lain orang,lain caranya…apa yang pasti,aku da cuba buat yang terbaik untuk MSM kali ini…dan yang penting niat bukan nak lebih dari itu..

Aku harapkan MSM kali ini akan memberikan banyak input untuk aku terus berjuang demi memartabatkan ISLAM di UMS…Takbir!!!

No comments: