Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Thursday, November 25, 2010

NOVEMBERKU...

November atau kata mudahnya bulan 11 kali ini memberi erti bagi diriku walaupun baru memasuki hari yang ke-12. Memasuki bulan november aku dah diserang demam dan selesema. Alhamdulillah selepas 4 hari demamku beransur pulih tetapi selesema masih ada hinggalah sekarang. Sudah menjadi kebiasaan untuk diriku akan mengalami selesema yang berpanjangan sekiranya diserang virus selesema. Aku menelefon ibuku, rupanya ibuku pun demam juga, tapi alhamdulillah sekadar demam biasa dan sekarang dah ok. Bulan ini banyak perkara berlaku. Seorang adik usrahku dah pindah ke s/m untuk menyambung pengajiannya di tempat dan bidang lain. Semoga apa yang dihajatinya akan tercapai.


Bulan ini juga aku akan berperang sekali lagi untuk kali yang kelima sepanjang aku berada di kampung halamanku yang kedua. Semester kali ni aku hanya mengambil 6 subjek (18 jam kredit). Walaupun nampak mudah namun hakikatnya perlu pengorbanan yang tinggi. Biasa la, siapa yang tak nak GRED tahun depan. Kena baiki pointer juga. Dah berapa sem ni asyik jatuh jak.





Bulan ini juga kawan yang banyak membantu aku dalam bab-bab mengumpul nota sakit. Harap dia cepat sembuh. Risau mengganggu kosentrasinya untuk study. Housemate aku pun dah balik kampung halamannya. Semoga dia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Biasa la tu, setiap manusia pasti akan menempuh pelbagai ujian. Bukan kehidupan sekiranya tiada ujian ataupun masalah. Orang kaya walaupun kita lihat macam tiada masalah pasti mempunyai masalah tersendiri. Begitu juga dengan orang miskin.


Apa yang pastinya, macamana kita mengurus masalah kita. Ada orang walaupun banyak masalah tetapi kita lihat sentiasa tenang, tetapi hakikatnya masalahnya bertimbun. Ada juga manusia, masalah kecil dah kecoh satu kampung. Ada juga yang suka mencari masalah. Begitulah hakikatnya seorang manusia. Pelbagai ragam dan gelagat. Ada yang 'gedik', 'pendiam', 'bodoh sombong' dan sebagainya. Mungkin istilah yang aku guna kasar, tetapi memang itulah hakikat manusia pada masa kini. Kita tengok dari luar, macam ok tetapi sebenarnya mempunyai '1001 macam gaya'. Bukan aku nak mengutuk mana-mana orang ataupun pihak, ini apa yang aku alami sendiri. Adik usrah aku pernah cakap 'nampak warak, rupanya geger'.


Aku masih ingat lagi masa aku mengenali seseorang, dia seorang yang happy go lucky, macam tak percaya dia bekas pelajar DQ (Darul Quran). Nampak macam biasa jak, tapi hakikatnya ilmu di dalam lebih menunjukkan siapa dirinya. Walaupun dah jarang berkomunikasi, tapi masih berhubung lagi. Aku lebih senang bergaul dengan golongan yang 'kita boleh masuk'. Tidak terlalu serius dan boleh dibawah bergurau (tengok keadaan la). Ada masa kita boleh bergurau, dan ada masa kita kena serius. Kalau mengikut teori-teori yang ada dalam bidang psikologi, golongan yang 'terlalu pendiam' selalunya mudah menghadapi masalah mental. Kalau ikut logiknya, manusia memang kena berinteraksi dengan sesiapa dan yang penting menjaga adab-adab tertentu.


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU" 
Surah Az-Zariyat:56


Sepanjang aku menjadi penghuni UMS, pelbagai ragam dah aku temui. Tapi aku rapat dengan pelajar semenanjung terutamanya 'budak kelate'. Mungkin pengaruh masa aku form 4&5, tinggal dengan cikgu kelantan dan rapat dengan cikgu kelantan. 'Budak kelate' pun banyak ragam juga, macam 'budak' lain juga. Walau apa pun semua itu adalah ciptaan Tuhan. Mesti ada sebabnya. Kita jangan terlalu fikir yang 'terlalu dalam' sebab ada benda yang akal kita tidak boleh sampai ke tahap itu. Risau kalau sampai ke tahap itu, bakal menjadi penghuni Bukit Padang. Kalau nak fikir sesuatu dan tidak tahu, tanya dengan yang sepatutnya. Jangan jadi orang yang 'bodoh sombong'. Kalau perkara yang kita dengar dari orang lain dan kita rasa 'benda atau perkara itu tidak 'gham' dengan orang tersebut, rujuk terus empunya diri. Ini yang kadang-kadang menjadi masalah dalam kalangan penghuni kampus khususnya kampung halamanku yang ke-2. Asyik 'bising' benda yang aku rasa perkara remeh. Lepas itu jadi kecoh satu kampung. Selepas 'bising' tiada yang nak cari jalan penyelesaian. Terpaksalah yang 'diatas' cuba selesaikan. Ini ibarat 'orang makan ikan, tulang yang ditinggalkan'. Kalau bagi kucing ok juga, ini bagi dengan manusia. Begitulah manusia, sewaktu lahir kita ibarat kain putih. Bersih, suci dan murni. Kehidupan ibarat kereta yang berjalan dan akan berhenti bila tiba ke destinasinya.


Kepada semua sahabat, coretan ini hanya sekadar luahan dan apa yang aku alami. Sekadar untuk menjadi pedoman kita pada masa akan datang. Untuk diri ini dan juga sahabat-sahabat yang memahami. Sekiranya ada pihak atau sesiapa yang terasa, maaf dipinta dari diri yang lemah ini. Tiada niat untuk memburukkan sesiapa. Akhir kata, jaga diri, hiasi peribadi...Perubahan bermula dari diri sendiri..

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2010/2011

..Fadhil Nur Al-Hafiz..

No comments: