Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Tuesday, April 5, 2011

Terima Kasih SMAI





Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan empunya alam ini kerana masih diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba-NYA. Hampir sebulan lebih diri ini tidak mengisi teratak "KEHIDUPAN" ini dengan pelbagai isu mahupun berkongsi cerita. Bulan MAC merupakan bulan yang paling sibuk bagi aku dan rasanya pelajar lain pun turut merasai kesibukan yang sama. Namun hakikatnya, begitulah kehidupan sebagai seorang pelajar yang bergelar MAHASISWA KAMPUS. Tahun 2011 ini juga merupakan penentu bagi pelajar tahun akhir untuk bergraduasi pada penghujung tahun ini dan begitulah jua harapan diri ini supaya termasuk dalam senarai mahasiswa UMS yang akan bergraduasi pada bulan 10/11 ini.

MOHAMMAD FIRZAEIZLAN

Kali ini, aku ingin berkongsi sedikit pengalaman berprogram dengan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Agama Inanam (SMAI) atau kini telah berubah nama kepada Sekolah Menengah Agama Tun Ahmadshah Inanam. Aku dan 3 orang lagi sahabat aku (Suri,Yasmin dan Maisarah) telah bersetuju memilih SMAI sebagai tempat untuk kami melaksanakan 'Assignment Group" kami untuk subjek Intervensi dan Penilaian Program Dalam Masyarakat. Program yang kami jalankan ini hanya mengambil masa sehari sahaja, namun cukup meletihkan juga kerana terpaksa meng'handle' 31 orang pelajar. Walau bagaimanapun, kami beruntung kerana kami mendapat pelajar yang mudah diurus dan dapat memberikan kerjasama yang baik.

 puteri-puteri SMAI

Intervensi yang kami jalankan adalah lebih kepada bagaimana penggunaan seorang rakan sebagai seorang tutor dalam kalangan usia mereka. Kami menggunakan 4 orang pelajar dari kelas lain sebagai tutor kepada 27 orang pelajar (2 Ibnu Abbas). Nampak mudah, namun untuk melatih tutor memerlukan masa dan kerjasama. Seorang tutor yang 'baik' perlu pandai berkomunikasi, baik dalam akademik, dan mempunyai personaliti yang menarik. Itulah ciri-ciri yang ada bagi tutor yang kami pilih. 2 orang putera dan 2 orang puteri. Itulah gelaran bagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki di SMAI. Bagi aku, satu cabaran untuk melaksanakan program ini walaupun aku selalu berprogram. Program ini perlu dilaksanakan dengan teliti, sebabnya ini merupakan markah bagi kami dan perlu dilaksanakan dengan baik dan laporan lengkap perlu dihantar pada minggu ke-13.

putera-putera SMAI

Terasa cemburu melihat adik-adik SMAI yang dapat bersekolah agama dari kecil lagi. Aku berasa ingin kembali ke alam persekolahan apabila melihat gelagat mereka. Kekadang aku tersenyum dan menggeleng kepala sendiri melihat gelagat adik-adik SMAI yang usik-mengusik dan aku berasa lucu melihat gelagat puteri SMAI yang lebih ke hadapan berbanding lelaki. Namun aku berasa kagum dengan pelajar putera yang bernama Mujaahid. Adik ini merupakan tutor bagi program kami. Gayanya bersahaja, namun ilmu di dada siapa yang tahu. Semua pelajar SMAI wajib tinggal di asrama. Mungkin itulah kelebihan SMAI yang merupakan antara sekolah terbaik di Sabah.


Program kami bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang. Terima kasih aku ucapkan kepada PK HEM SMAI dan tidak lupa kepada Cikgu Jum kerana membantu kami ketika program walaupun sibuk dengan Majlis Khatam SMAI. Kepada adik-adik SMAI yang disayangi, terima kasih abang dan kakak-kakak ucapkan atas kerjasama kalian sepanjang program walaupun kalian cuba melambat-lambatkan masa kami (mereka tak mahu kami pulang). Kepada sahabatku Johari, terima kasih kerana menemani aku mencari SMAI sebelum program berlangsung. Walaupun sesat mencari SMAI, namun akhirnya hasil pertolongan daripada Azizul (bekas pelajar SMAI) kami dapat menjumpai SMAI yang tersembunyi di sebalik sebuah kampung. Aku ingatkan Jo tahu di mana letaknya SMAI, rupanya dia terlupa dan aku hanya mampu tersenyum ketika itu. Lucu...lucu...



No comments: