Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, July 29, 2011

Ramadhan..


Pejam celik, pejam celik akhirnya ramadhan kembali lagi. Bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan juga penganut agama lain. Pada bulan ramadhan kita akan lihat satu 'fenomena' yang akan menyejukkan pandangan kepada semua orang. Bagi kanak-kanak sudah pasti gembira kerana pada bulan ini pastinya pelbagai juadah makanan akan dijual dan dalam tempoh ini juga pastinya keluarga yang mempunyai 'duit' lebih akan berbelanja sakan untuk Hari Raya. Bagi penganut agama lain, mereka juga akan turut merasai 'bahang' ramadhan kerana kebanyakkan kedai dan restoran makanan akan ditutup pada siang hari. Namun ada juga di kalangan mereka yang turut gembira kerana dapat 'mencuci mata' dengan pelbagai juadah makanan yang akan dijual sepanjang ramadhan. Itulah hakikatnya setiap kali menjelangnya ramadhan dan syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi. Bagi aku, lumrah dan kebiasaan inilah yang menjadikan ramadhan menjadi satu suasana yang indah dan lebih bermakna bagi yang menghayatinya. Bagi yang betul-betul menghayati ramadhan akan mencari 'mutiara' ramadhan dan akan lebih bermuhasabah dan memotivasikan diri supaya lebih dekat kepada-NYA.



Ramadhan kali ini, aku akan berada di Labuan. Tidak seperti ramadhan terdahulu, kebanyakkan hari ramadhan aku habiskan di kampus. Kali ini juga ramadhanku akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik. Aku akan menghabiskan praktikalku dalam bulan ramadhan (5 Ogos 2011). Aku juga akan turut serta dalam beberapa program yang telah dirancang oleh Yayasan Amal Labuan. 'Part time' malam pastinya ada untukku pada ramadhan kali ini.

Aku mengharapkan 'sesuatu' yang 'luar biasa' untuk ramadhan kali ini. Semoga ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi akan menjadikan kita hamba yang lebih dekat pada-NYA. amin







No comments: