Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, November 18, 2011

Coretan mingguan...

SAHABAT IBARAT MATAHARI
KEHANGATANNYA MENYENANGKAN JIWA
KEHILANGANNYA IBARAT BUMI KEHILANGAN MATAHARI
SUNGGUH TIADA SIAPA BERHARAPAN DEMIKIAN
BAHKAN LEBIH GEMBIRA DIRINYA HILANG
BERBANDING CAHAYANYA LENYAP MENINGGALKAN


Nak makan ikan panggang? Itulah soalan yang baru sahaja diberikan kepadaku. Aku jawab 'YA'. Siapa yang tak mahu makan ikan panggang free kan. Malam ini aku dan familyku disajikan ikan Pari panggang. Sedap dan menyelerakan. Cuma aku dan adik bongsuku yang makan dulu. Makku dah tidur. Tapi aku sekadar 'menerai' ikan itu. Perut ini dah diisi awal sebelum ikan panggang itu hadir. Baki ikan itu ku simpan di dalam peti sejuk. Esok boleh stim dan makan lagi.

Hari ini genaplah 11 hari lagi aku akan bergraduasi. Yuran untuk bayar Jubah belum ku selesaikan lagi. Begitu juga dengan bayaran untuk gambar konvo. Jubah RM 150, gambar konvo paling murah RM 100. Jumaat ini InsyaALLAH akan aku setelkan. Jadualku bulan ini juga tidaklah terlalu padat seperti seorang YB, cuma bulan ini aku asyik 'out station' sahaja. Semenjak pulang dari Ijtimak Tarbawi hari tu, aku perlu ke Kota Kinabalu untuk 'mengurus' masalah-masalah dengan BENDAHARI UMS yang bermasalah. Alhamdulillah, akhirnya selesai dengan bantuan adik usrahku, Ashraf kerana aku perlu balik awal ke Labuan. Ketika di KK, sempat juga aku merasa bermain futsal. Terima kasih sahabatku, Faiz, Afiq dan Syabri. Dalam minggu itu juga, aku dan sahabat-sahabat di Labuan meneruskan gerak kerja PASTI dan juga Program Qurban di rumah YDP Kawasan. Qurban kali ini berjaya menumbangkan 5 ekor lembu yang 'hebat dan keras'. 


Pada minggu seterusnya aku ke Kota Kinabalu lagi untuk mengikuti kursus perunding mengajar al-Quran Teknik Al-Baghdadi yang telah berlangsung selama 2 hari di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu. Kursus tersebut telah disampaikan oleh Sifu Al-Baghdadi iaitu Ustaz Jalaluddin, Pengasas teknik Al-Baghdadi. Kursus yang ku rasakan sungguh menarik dan memudahkan untuk belajar al-Quran. Kaedah yang dibuat adalah 'Upgrade' daripada kaedah terdahulu dan di'update' lagi dengan sistem yang lebih efisien dan mesra pelajar. Kalau dulu aku hanya tahu mengaji menggunakan kaedah Iqra dan Muqaddam. Tapi banyak lagi kaedah rupanya. Teringat kembali zaman aku mengaji. Aku bermula dengan Iqra' 2. Pindah ke Tawau, lain lagi. Akhirnya aku khatam dengan makcikku juga. Terima kasih aku ucapkan kepada Ustaz Razali yang sudi memanggil (ada maksud tu) dan sahabat rapatku Syabri. Kepada Zaki, terima kasih motor EX5nya. Sempat juga aku berjumpa dengan Naqibku masa di kampus, Hafiz dan sempat dibelanja makan ikan dan sotong bakar di Pasar Filipin. Kepada Hafiz, lain kali beli tiket tengok tarikh konvo di laman web UMS dan cepat-cepatlah bagi kad Undangan.

Balik semula ke Labuan, gerak kerja PASTI diteruskan lagi. Untuk kali ini lebih kepada mengumpul dana dan follow-up beberapa perkara yang masih pending. Alhamdulillah, sijil untuk penubuhan PASTI Ar-Raudhah telah kami perolehi daripada PASTI pusat. Selang beberapa hari aku tiba di Labuan, sahabatku Syabri datang ke Labuan bersama rombongan fieldtripnya. Sahabatku, Syabri akan berada di Labuan selama 3 hari 2 malam. Ketika berada di Labuan, sempat juga aku membawanya makan di beberapa gerai makan yang sering dikunjungi oleh 'orang Labuan'. Kami sempat dinner di Deep Sea, Lunch di Raff Restaurant, breakfast di Gukawe dan supper di McD. Pada sebelah petangnya aku sempat membawa Syabri mengelilingi Labuan menggunakan Honda Wave 100 ku. Jimat juga minyak dan nasib baik tak kena tahan JPJ. Sebelum menghantarnya pulang ke BETA kami singgah sebentar minum tea break di Kedai Kopi Sopia. Sekadar minum Radix dan makan cucur udang. Kemudian singgah beli cokelat untuk sahabat di kampus. Kalau nak beli cokelat murah, beli di terminal feri Labuan.


Mungkin coretan mingguan ini sekadar perkongsian kepada semua sahabat yang membaca mengenai aktivitiku beberapa minggu ini. Sebelum mengundur diri, sedikit perkongsian maklumat yang aku dapat ketika membelek Berita Harian untuk 16 November 2011, walaupun aku tak suka sangat baca newspaper ni, cuma tertarik dengan berita mengenai jumlah anak luar nikah yang berdaftar semakin meningkat. Belum tamat tahun 2011 ini, bermula tahun 2008 sudah mencecah 152 182 orang (sumber dari Tim. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat-Datuk Heng Seai Kie). Sabah paling tinggi, diikuti Selangor. Bila difikirkan, jika beginilah keadaan di Malaysia, ia amat membimbangkan. Ini jumlah yang berdaftar. Belum ditambah lagi dengan yang tidak berdaftar. Daripada jumlah ini, tidak dinyatakan berapa ramai yang meninggal dunia. Peruntukkan untuk golongan remaja sentiasa meningkat, namun gejala tidak sihat masih lagi tidak menurun, tetapi makin menaik. Bagi aku, perlu perubahan dari segi silibus pendidikan di sekolah, sama ada sekolah rendah, menengah mahupun IPT. Penekanan terhadap pendidikan agama khususnya perlu ditingkatkan lagi. Kita semua sedia maklum, semua agama yang ada di dunia ini menitik beratkan tentang baik buruk sesuatu perkara yang dilakukan. Duit yang ada patut disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat, bukan hanya untuk pembangunan yang melibatkan luaran sahaja. Bangunan semakin hari, semakin banyak dan tinggi-tinggi. Masalah sosial pun semakin meningkat. Macam baju yang dulunya menutupi badan semakin hari semakin naik ke atas hingga boleh nampak pusat dan terbuka di leher menampakkan dada. Terfikir juga aku, kita semakin maju atau semakin kembali ke zaman batu. kalau zaman batu, gunung dan bukit tinggi-tinggi. Baju jarang-jarang. Cuba kita lihat sekarang macamana. Ada persamaan??


Kita selalu bercakap tentang ketamadunan, tapi kita semakin tak bertamadun. Aku tak puas hati mengenai duit yang banyak tapi hilang entah ke mana. Kalau nak ternak lembu pun perlu berjuta-juta, bagus duit tu kita gunakan untuk menangani masalah sosial. Pakcik aku ternak kerbau di Indonesia pun hanya memerlukan kos yang sedikit sahaja. Perbanyakkan program-program kemasyarakatan yang lebih mendidik masyarakat. Buka kelas mengaji macam al-baghdadi. Perbanyakkan program kaunseling dan aktiviti sihat untuk remaja. Kalau PLKN masih tidak dapat mengurangkan masalah sosial remaja, perlu dihentikan atau perlu diganti dengan program lain. Aku pernah terlibat dengan kursus 3K Belia Bestari. Program ini memang bagus, cuma perlaksanaannya perlu diperhalusi. Contohnya, perlu ada tempat khas yang diurus sepenuhnya oleh tenaga mahir untuk mengajar peserta program tersebut. Maksud aku tubuhkan institut seperti ILP. Selepas itu serapkan terus ke agensi yang memerlukan pekerjaan. Duit yang diperuntukkan juga dapat dikawal dan tidak dibazirkan. Bagi aku, bila remaja disibukkan dengan perkara yang bermanfaat akan dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin membimbangkan semua pihak. Mungkin ada sahabat yang memahami dan mungkin juga yang tak memahami. kalau nak explain mengenai perkara ini, penat aku menaip. Setiap perkara kalau diurus dan diatur dengan baik, InsyaALLAH akan berjalan dengan lancar.


makluman : tidak banyak gambar sebab mydear C6 masuk hospital seminggu....

No comments: