Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Sunday, November 28, 2010

ALL IS WELL...

" Tidak sama orang bercakap dengan orang beramal. Tidak sama orang beramal dengan orang berjihad. Tidak sama orang berjihad dengan orang yang berjihad dengan serius " 
Hassan Al-banna ~






25 November 2010, tamatlah sudah peperanganku untuk semester yang kelima di kampung halamanku yang kedua ini. Terasa baru sahaja kaki ini melangkah masuk dunia kampus. Alhamdulillah tinggal lagi 1 semester untuk aku menamatkan zaman bujang aku di kampus. Kalau tiada apa-apa masalah result semester ini tahun depan aku akan menamatkan zaman bujangku di kampus. Macam nak kahwin jak bunyinya. Biasalah tu, siapa yang tak nak kahwin. Apa yang pasti, habis sahaja di kampus aku belum terdetik nak melangsungkan apa-apa ikatan yang sah. Banyak perkara lagi yang perlu aku selesaikan. 




Hari ini juga aku bertemu dengan seorang sahabat jauh dari semenanjung. Seorang aktivis mahasiswa yang aktif dan sering membuat 'onar' dalam kampus. Kalau pelajar kampus sekitar Selangor pasti mengenalinya. Begitu juga dengan Perwakilan Pelajar. Seorang anak muda yang kerap kali mencetuskan suasana hangat di kampus UM dan akhirnya bertukar universiti ke KUIS atas kes-kes yang 'PANAS'. Walaupun 'aura' beliau tidaklah sehebat anak muda zaman dahulu, namun 'kenakalan' beliau dan beberapa orang sahabat lain sudah cukup membuatkan pihak pentadbiran kampus dan 'merah biru' menjadi panas hati bila melihat aksi dan gelagat yang dilakukannya. Itulah Shazni Munir Mohd Ithnin. Bekas pelajar UM dan merupakan mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) APIUM Nilam Puri Kelantan, mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), pengasas Bersama & Ahli Majlis Sekretariat Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA), Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) & Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). 

Malam itu kami buat sedikit perjumpaan dan berkongsi mengenai keadaan kampus d UMS dan juga suasana kampus di Semenanjung. Ini merupakan pertemuan kali ke-2 aku dengan beliau. Kali pertama ketika pimpinan GAMIS pusat bertandang ke Sabah. Bagi aku dia merupakan seorang yang banyak pengalaman dalam dunia kampus. Kelantangan dan kelancangan beliau dalam bersuara untuk menuntut keadilan. Aku hanya sempat bersama sekejap sahaja pada malam itu kerana aku dan seorang lagi sahabat aku membawa adik usrah kami makan di 'pasar filipin'. Tetapi selepas itu, aku dan beberapa orang lagi rakan aku 'sembang kopi' di luar kampus hingga nak masuk subuh. Pelbagai topik dan perkongsian kami bualkan. Harap ada manfaat dalam diri ini. Kata-kata yang menarik "hang jangan poyo", "hang nak full time atau part time".


Walaupun beliau bukanlah seorang menteri ataupun orang yang memegang apa-apa jawatan tinggi, namun apa yang disampaikan dan dikongsi cukup membuatkan aku merasai sesuatu. Biarpun mungkin ada dalam kalangan sahabat pembaca akan berfikiran pandai cakap sahaja tapi tindakan tiada. Biasa la tu, kita nak membaca pun kena belajar. Banyak perbezaan yang aku boleh banding antara aku dan dirinya. Suasana persekitaran, latar belakang dan juga aspek lain lagi. Cuma yang aku nak kongsi, begitulah kehidupan. Kita yang mencoraknya seperti seorang pelukis yang sedang melukis. Dia sentiasa berfikir apa yang perlu ditambah dalam lukisannya supaya nampak menarik.








Cuba kita imbas kembali kisah dan sirah terdahulu, ketika seorang pemuda mencipta sejarah tersendiri ketika mengetuai satu angkatan tentera untuk membuka kota Andalusia dan akhirnya dapat mengalahkan angkatan tentera yang dipimpin oleh Raja Roderick. Apa yang peliknya, 'pemuda' ini membakar semua kapal-kapal yang mereka naiki. Setelah membakar ke semua kapal tersebut, 'pemuda' tersebut memberi sedikit ucapan atau pidato kepada tenteranya supaya dapat mengembalikan semangat untuk berjihad. Kalau difikirkan tanpa berfikir panjang pasti kita mengatakan 'pemuda' itu gila dan 'senteng'. Namun disebalik rancangan tersebut menghasilkan sesuatu yang berharga buat ISLAM. Itulah Tariq Bin Zihad, seorang pemuda yang mempunyai pandangan yang melangkaui zamannya. Seperti juga kisah pembukaan kota konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.






Penulis juga sempat melihat satu 'movie' yang bagi penulis memberikan banyak moral value kepada orang yang menontonnya dan yang penting memahaminya. 3 orang sahabat yang berlainan perwatakan dan latar belakang kehidupan akhirnya berjaya dalam hidup mereka walaupun mereka digelar 'idiot' oleh pensyarah mereka. Seorang rakan yang memang dilahirkan 'genius' membantu sahabatnya untuk mengenali kehidupan sebenar. Apa yang penulis hendak kongsi adalah dalam kehidupan ini kita memerlukan 'diri sendiri' untuk terus ke hadapan. Kita walaupun kurang 'ok', tak kiralah dari sudut apa pun mesti mempercayai diri kita sendiri. Bagi yang muslim, jangan lupa yang '1'. Bagi sahabat yang bukan muslim, mengikut kepercayaan masing-masing. Apa yang pastinya, setiap agama mengkehendaki penganutnya berusaha. Percaya dan yakinlah sahabat-sahabat sekalian, Tuhan tidak akan memberikan sebarang ujian tanpa memikirkan kemampuan umat-NYA. Begitulah kisah cerita '3 idiots'. Seorang 'genius' masuk kolej dengan menggunakan nama orang lain. Hari pertama sudah membuli senior yang cuba mengorientasinya. Pertemuan pertama dengan Ketua kolej (Kalau kita panggil NC) menanyakan soalan yang mengejutkan semua pihak tanpa sebarang jawapan. Dengan 'kenakalan' yang 'memanaskan' hati pensyarah akhirnya menjadi saintis dengan 'nama sebenarnya'. Tidak dinafikan, tidak semua orang sedemikian, namun yang menjadi masalah adalah 'mereka yang tidak tahu'. Suka beranggapan dirinya hebat, dialah hero, dialah segalanya. Walhal bila disuruh buat kerja, 1001 macam alasan diberikan. Bercakap memang senang, tetapi untuk melakukannya adalah payah. Namun, sampai bila kita nak berkata 'nantilah', 'bagi yang lebih layak' dan sebagainya. Ilmu ada tapi tidak mahu dimanfaatkan. Terpaksalah orang lain jadi mangsa. Bila orang tersebut dah menjadikan sesuatu yang 'lain' mulalah nak mengomen sana sini, walaupun orang tersebut membuat sesuatu yang tidak menlanggar apa-apa syarak pun. Betullah kata ustaz, ada orang ni ada ilmu, tapi tahu mengomen dan memprotes sahaja. Bila disuruh, beribu alasan.




 "Aku sudah menemaninya selama 20 tahun. Baik pada musim dingin mahupun panas, siang mahupun malam. Tiap hari saya menemaninya. Saya selalu mendapatinya lebih baik dari hari kelmarin" - Ibrahim al-Harabi




Sahabat-sahabat sekalian, sekadar ini sahaja coretan dan perkongsian kali ini. Penulis sendiri masih tidak mahir untuk mengatur suasana dalam penulisan. Diharap ada manfaat bagi yang membacanya. Ingatlah sahabat, walau seteruk manapun latar belakang kita terdahulu dan kini, bukanlah penentu segalanya untuk masa hadapan. Apa yang pastinya usaha untuk berubah. "Perubahan bermula dari diri sendiri".


                                Berdiri - Ustaz Idris, Nursyabri, Afiq, Ustaz Shazni Munir
                                           Duduk - Ustaz Azizan, Jefri, Ustaz Shafie




~FNAH~


2 comments:

Syaza said...

heyh.. mcm nak kawin jak bunyinya.
bila dah graduate, x bujang lagi lah ya?
uhm.. salah satu perkara yg perlu diselesaikn dan sentiasa perlu, ialah berbakti kepada org tua..

Anonymous said...

syaza : hehe...akan diusahakan...selepas grde, masuk dunia sebenar kehidupan...