Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Sunday, November 28, 2010

Keluarga aka family

“ Dalam mana kita memilih menjadi seorang dai’e dalam gerakan ISLAM, kita akan memberi dan menerima,  jangan membataskan diri hanya dengan menerima, tidak bernilai dan tiada makna di sisi ISLAM kalau kita berdiri hanya untuk menerima semata-mata, hakikat sebenarnya adalah untuk MEMBERI ”....

                                                                 - dari seorang mujahidah kecil -




Jangan merintih sekarang jika tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga berlatar masyarakatkan ustaz-ustazah mahupun kiyai atau juga hafiz-hafizah, jangan merintih dengan apa yang tiada. 
Keluarga kita adalah yang terbaik untuk kita, yang disediakan oleh Allah untuk kita, yang mengajarkan kita kehidupan. Yang merintih itu mereka yang diracuni novel-novel bernuansakan islamik keterlaluan, mengimpikan suatu yang mustahil dicapai ,sehingga menyalahkan taqdir kehidupan. Jangan begitu kawan.


Biarlah salasilah kita bukan daripada jalur-jalur duat penggiat dakwah, abaikan semua itu. Biarkan kita yang mula mewariskan dan yang memulakan kemuliaan pada jalur salasilah kita. Biar kita yang mewariskan tarbiyah itu. Melahirkan kader-kader bermutu, pejuang agama yang gitu.



Inilah yang kita perlu mulakan.
Menarik ramai orang menyertai jemaah terkadang hanya menghasilkan ‘peserta’ dakwah tetapi bukan pejuang dakwah. Dengan kuantiti, Islam pada sejarah tidak pernah melonjak menang, tetapi dengan pewarisan dakwah atau tarbiah itulah yang akan melahirkan pejuang-pejuang berkualiti yang akan duduk di saf-saf hadapan memainkan peranan dengan aktif.
Bukankah para ‘anbia wal mursalin‘ itu hadir dengan pengikut-pengikut yang sedikit. Tapi, sedikitnya bilangan kader itu, tetap berkesinambungan lantaran wujudnya pewarisan dakwah ini? Sehinggakan konsep pewarisan tarbiyah dan dakwah itu terabadi dalam Al-Quran.


Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:


Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”
(Surah al-Baqarah [2]:132)

Hentikan rintihan mulakan langkah perubahan, kitalah yang akan mewarnai salasilah kita dengan keizzahan Islam, semaikan pada jiwa kita iman, perbaiki niat, perbanyakkan amal. 

Mungkin saja kelak nanti, kisah kita ini akan dinovelkan ;) We don’t have time asking for things that we don’t have, we can only look for the best way to fight with the things we have for our whole life. - hiruma yoichi-

PANDANGAN ANA…
Alhamdulillah…semoga apa yang ana post dalam blog ana dapat memberi sedikit renungan dan juga memberi manfaat kepada semua..
Respon ana mengenai artikel di atas ini..Bagi ana tak semua manusia dilahirkan dalam suasana family yang memang seperti artikel ini..hehehe..macam ana sendiri,honestly (aiseh BI plak) memang bukan dari family pendakwah pun…Ibu ana sendiri tak tahu membaca dari kecil lagi..tapi ada kelebihan..hehehe…no. dalam handphone, ibu ana tahu empunya no.Pelik bunyinyakan..Itulah kuasa Tuhan..


Berbalik kepada apa yang ingin ana bicarakan di sini ialah kita selaku anak jangan merasa diri kita rugi tidak mempunyai family yang memang dah orang katakan perfect dari sudut pandangan orang ramai…Kita haruslah bersyukur sebab mempunyai keluarga..cuba kita bayangkan bagaimana rasanya tanpa keluarga??walaupun kadang-kadang kita akan terfikir ‘bagus aku hidup sendiri’..emmm,cuba sahabat-sahabat sekalian fikir kalau kita hidup sendirian best ka..hehehe…itu bukan kehidupan..macam apa agaknya??


Sahabat-sahabat sekalian, bagi ana kita selaku anak harus dan hendaklah mencuba sedaya upaya mengubah persepsi dan juga cara hidup family…mungkin payah dan susah, tapi tak mustahil kalau kita buat secara perlahan-lahan..
Percaya dan yakin la sahabat-sahabat sekalian, Allah itu maha pengasih lagi penyayang…sentiasalah berdoa dan terus berdoa..Apa yang penting sahabat-sahabat sekalian, semua itu bermula dari diri kita sendiri…Kalau kita nak yang terbaik, semuanya bermula dari kita…Tapi mesti berpandukan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT melalui al-Quran dan sunnah Rasullullah..jika ada sebarang kemusykilan, rujuk la dengan ulama’,ustaz,ustazah atau golongan yang kita rasa berilmu…
Akhir kata, memang payah nak ubah manusia,tapi jika berusaha??rasanya boleh kot..hehehe

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum, saudara. Benar.."Aku tanpa CintaMu" akan membawa manusia hilang arah dan kosong hidupnya.Cinta Allah amat perlu dalam kehidupan. saya selalu mendengar....lelaki inginkan wanita yang baik..yang solehah, begitu juga wanita..semua akan ingin mencari yang baik...sapa yang mahu yang tidak baik bukan? dalam pergaulan bukan sesuatu yang mudah untuk dikata semudah menulis. Kadang2 kita sendiri termakan dengan kata2 yang kita tulis sendiri. Kita sendiri kadang2 rebah dalam dugaan ini. Moga apa yang ditulis dan disampaikan diambil iktibar oleh saudara juga dan pastinya kita semua.
Fikir2kanlah.....
Teruskan mem'blog'.Moga sentiasa dirahmatiNya.