Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Monday, December 6, 2010

Dua Kisah Motivasi

KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG



Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan. Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar! Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.



Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar. Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan. Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif. Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ”seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

‘Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.’ (Al-Ankabut:3)



KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN 




Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.


Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ”Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, “Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain. Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.”  “Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. “Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan……” sambung ayahnya.

Tiba-tiba anaknya mencelah “Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. “Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ”biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.


‘Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.‘ (Al-Hasyr:9)

*Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar



P/S : semoga memberi sedikit pengajaran dan manfaat kepada kita semua…

1 comment:

Rafiq said...

masalah ni bleh dikaitkan ngan "human-environment conflict" ianya bermula dsbbkan ikan di laut dikategorikan sbgi "common pool resources".. akn brlkunya pnurunan populasi spesis dn akhirnya bleh mnybbkn kpupusan..