Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Friday, December 17, 2010

Selamat Hari Lahir 'untukmu'

17 Disember merupakan tarikh kelahiran untuk seseorang yang aku sayangi. Walaupun aku tidak dapat meraikan bersama, namun aku tidak lupa mendoakannya setiap kali aku selesai mengerjakan seruan Ilahi. Walaupun usianya dan aku hanya berbeza 4 tahun, namun kehadirannya merupakan pelengkap dalam diriku.


Hari ini, genaplah 19 tahun usia adikku yang bernama Mohd Tasri Bin Tahir. Merupakan pelajar tingkatan 6 atas di SMK Labuan dan baru sahaja selesai menempuh peperiksaan STPM 2010. Aktif di sekolah. Nampak lembut, namun 'dalam' siapa yang tahu. Dia merupakan anak ketiga dalam keluargaku. Alhamdulillah, bersyukur kepada-NYA kerana mengurniakan aku seorang adik lelaki dalam keluarga kami. Sebenarnya aku ada 2 orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Adik perempuan dah kahwin, jadi adik lelaki akulah tempat aku 'bergurau' dan juga ber'fight'. Walaupun aku jarang bersama mereka kerana aku membesar bukan dengan keluarga tidak seperti adik-adikku. Namun hubungan aku dengan mereka masih kuat, biasalah tu air dicincang tak akan putus. Kepada adikku, Selamat Hari Lahir abang ucapkan.

Tasri,aku,Tasbi

2 comments:

Syaza said...

sama gile laa acuan muka jefry & tasry nih. huish..~

ct hazar said...

waiseh...kata2 stret dr hati lg tuh.. syabaslah!untung adik2 tu..