Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Saturday, December 3, 2011

University Of Life...


 Hari ini aku akan keluar sebagai seorang 'graduan UMS'. Hari ini aku bukan lagi seorang mahasiswa. Hari ini aku akan menjadi 'alumni'. Hari ini aku akan berhijrah ke suatu kehidupan baru. Umur pun semakin meningkat. Setiap gerak langkah selepas ini perlu diatur dengan baik. Setiap apa yang hendak dibuat perlu perancangan yang rapi agar apa yang hendak dilaksanakan akan membuahkan hasil yang diingini. Teringat kata-kata seorang sahabat, kehidupan diluar sana lebih mencabar. Itulah yang akan dan sedang aku tempuhi.



Dilahirkan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan pada 26 Jun 1987 pada hari jumaat. Mendapat pendidikan awal di S.K. Bandar Sandakan (1994-1999). Seterusnya melanjutkan kehidupan sebagai seorang pelajar menengah di S.M.K. Muhibbah Sandakan (2000) dan dipindahkan oleh keluarga ke S.M.K. Wakuba Tawau (2000-2002). Seterusnya berpindah sekolah lagi di S.M.K. Balung Tawau (2003-2006) kerana sekolah lama hanya menerima kemasukan sehingga tingkatan 3 sahaja. Bercuti selama setahun sehingga urusan kerajaan selesai. Memohon universiti dan akhirnya diterima di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah (2008-2011). Begitulah sedikit perjalanan pendidikanku sehingga aku berumur 24 tahun.


Tamatnya pengajian 'Degree'ku tidak bererti tamatnya pembelajaranku. Pembelajaran akan terus berlaku sehinggalah mata ini terpejam untuk selama-lamanya. Banyak lagi yang perlu aku pelajari dan perbaiki. Diri ini perlu sentiasa bermuhasabah diri atas apa yang berlaku selama ini. Sempena tahun baru hijrah 1433, aku perlu lebih berusaha untuk memperbaiki diri yang sentiasa dilingkari dan diikuti oleh pelbagai dugaan dan rintangan kehidupan. Segala apa yang berlaku sebelum ini perlu aku jadikan iktibar dan pengajaran supaya menjadi lebih matang dan dewasa.


Kepada semua sahabatku terima kasih kerana pernah menjadi sahabatku, walaupun hanya beberapa detik sahaja. Kepada pensyarahku dan guruku, terima kasih kerana memberi tunjuk ajar kepada diri ini. Kepada mak dan ayah, terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan diri ini. Kepada adik-adikku, terima kasih kerana memahami abangmu ini. Kepada Tuhan Pencipta alam ini, aku bersyukur atas kurniaan yang Engkau berikan dan jadikan diri ini pengikut kekasih-MU. Semoga diri ini sentiasa lurus dengan yang satu. Terima kasih semua. Jika dia untukku wahai Tuhanku, rahmati dan permudahkanlah. Amin...

Selamat Datang ke University Of Life....

No comments: