Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Wednesday, January 11, 2012

Membina Generasi Al-Quran

"Maka bersedialah diri kamu dan dedahkannya dengan tarbiah yang betul dan ujian yang halus. Maka ujilah diri kamu dengan bekerja. Bekerja keras memang tidak menyeronokkan bahkan membebankan. Oleh yang demikian, hendaklah dihapuskan perasaan dan keinginan berehat serta cara hidup selesa. Kamu jangan sama sekali mensia-siakan setiap saat yang dimiliki tanpa bekerja. Maka pada ketika itu kamu akan mendapat pertolongan dan sokongan juga kemenangan dari Allah".



 Hari ini genaplah seminggu PASTI Ar-Raudhah W.P. Labuan beroperasi. Perancangannya telah bermula pada awal tahun 2011. Kemudian, setelah Dewan Pemuda PAS Kawasan Labuan ditubuhkan, akhirnya perancangan ini dapat diatur dan dilaksanakan dengan baik. Walaupun pada awalnya, terdapat beberapa halangan, namun berkat usaha gigih dan atas rahmat-NYA akhirnya PASTI pertama dapat ditubuhkan di W.P. Labuan pada 3 Januari 2012 dan telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang mewakili Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah, pembukaan awal PASTI Ar-Raudhah W.P. Labuan telah mendapat sambutan yang memberansangkan iaitu setakat ini telah menerima seramai 22 orang pelajar (12 lelaki dan 10 perempuan). 


Syabas dan tahniah kepada semua sahabat yang telah bertungkus-lumus menjayakan penubuhan PASTI Ar-Raudhah (adie, hakim, abg fairuz, abg anuar, yani, hasni, qatrun, kak salmah) serta AJK Kawasan yang diketuai oleh YDP, Hj. Hamir. Semoga segala sumbangan samaada berbentuk material dan tenaga akan mendapat balasan yang baik daripada-NYA. Satu permulaan yang baik untuk kita sama-sama membina generasi al-Quran di Pulau ini. TAKBIR!!






No comments: