Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Saturday, March 16, 2013

KEPERLUAN VS KEHENDAK part 2

"Jom saya kongsi sedikit berkaitan takaful, mungkin ada manfaatnya. Kalau tak sekarang, mungkin akan datang"....."Emmm, nak tanyalah. Kalau bagus sangat takaful ni, kenapa orang tak berpusu-pusu beratur nak ambil ya?"....."Ramai orang tahu, pahala solat berjemaah di masjid itu lebih banyak, tetapi kenapa mereka tak berpusu-pusu beratur ke masjid. Kita juga di ajar, merancang sesuatu untuk akan datang, itu kan lebih baik".

Kembali menyambung cerita dari tajuk part 1. Malam itu, sekembalinya aku dari usrah mingguanku terdetik pula nak tengok cerita aka movie. Aku pun buka la facebook mencari link yang diberikan oleh kawanku. Laman web tu rasanya ramai dah tahu. Buka jak link tu, aku terbaca satu tajuk movie melayu berkaitan dengan kehidupan zaman sekolah. Tajuknya "Pada Suatu Cinta Dahulu". Rasanya, ni movie baru keluar. Tapi, tak tahulah box office atau tak sebab tak pernah tengok dalam iklan tv. Sekarang dalam tv, banyak kisah mengenai Lahad Datu, Sabah. Kalau dulu, mesti orang tak tahu LAHAD DATU dan mesti ramai yang tak tahu SABAH tu macamana. Aku tak payah explain kisah Lahad Datu sebab pelajar sekolah rendah pun mesti tahu. Cuma sebalik cerita tu, mungkin ramai yang tak tahu. Puncanya dan kenapa berlaku.


Mengenai movie yang aku nak tengok tu, aku tertarik dengan tajuknya. Aku pun tengok la sambil minum teh O dan makan roti bakar. Kesimpulan yang boleh aku buat, lucu dan penuh dengan 'kenangan'. Mengimbau kenangan zaman sekolah dulu-dulu. Ambil yang baik, jangan ikut adengan-adengan dalam cerita itu. Nak tahu, cuba tengok link ni http://www.xesion-tube.com/2013/03/pada-suatu-cinta-dahulu-2013.html. Jalan cerita movie ni tak terlalu berat dan banyak moral untuk 'remaja' style sekarang.

Bukan mengenai movie itu yang aku nak kongsi. Aku nak sambung tajuk part 1 yang sebelum ini. Keperluan VS Kehendak. Dialog diatas, sebenarnya aku ambil dari entri FB kawan aku tetapi aku olah sedikit. Sebagai  ejen takaful yang ada di dunia ini, situasi-situasi yang lebih kurang diatas pastinya akan kami lalui. Kalau aku tanya sahabat sekalian, "mencegah lebih baik, atau dah kena lebih baik". Pasti majoriti akan memilih "mencegah lebih baik". Itulah sebabnya kenapa aku nak sahabat sekalian ambil takaful (terutamanya medical card). Aku pun dalam proses nak ambilkan untuk mak aku. Kalau dah sakit 'susah' nak ambil. Bukannya apa, kita merancang untuk akan datang. Sakit wajib setiap orang akan alami, cuma bezanya adalah 'tahap kesakitan'. Begitu juga, umur tak boleh diundur semula. Semakin kita berusia, semakin kita mudah mendapat sakit dan pelbagai penyakit mula datang. Kalau aku silap, minta sahabat betulkan.


Mengapa perlu ambil takaful diusia awal/muda? Jawapannya adalah, perkara baik tak kan nak lengah-lengahkan. Kalau anda ada medical card company pun, boleh fikir-fikirkan dulu tetapi sampai bila? Jawapan seterusnya, ambil sekarang, bayarannya lebih murah daripada ambil bila umur dah 30 tahun ke atas. Contohnya, aku nak ambil medical card sahaja untuk ibuku (umur 46 tahun) pun dah mencecah RM300 sebulan. Jawapan lain, ambil takaful pun macam kita menyimpan dalam bank. Ada simpanan untuk akan datang juga. Kalau untuk kanak-kanak, boleh dijadikan simpanan pendidikan. Dalam takaful juga ada 'akaun' perlindungan untuk kita. Nak ke mana-mana pun 'rasa selesa dan selamat'. Dalam sistem medical card takaful, kalau dah disahkan menghidap critical illness (36), hilang upaya kekal, caruman akan menjadi PERCUMA dan manfaat masih boleh digunakan. Sekiranya meninggal dunia/mati, pampasan+simpanan+khairat kematian akan diberikan (boleh digunakan untuk bayar hutang si mati). Kalau bil hospital mencecah puluhan ribu atau ratusan ribu, kita susah nak cari dalam masa terdekat, tetapi dengan adanya medical card bil-bil perubatan hospital boleh dibayar. Kalau ada medical card company pun, pastikan BOLEH COVER dan MENCUKUPI. Kalau kakitangan kerajaan, pastikan BOLEH COVER dan SEGERA DIBEDAH atau tunggu GILIRAN. Aku bukan nak takut-takutkan sahabat sekalian, tetapi hakikat kehidupan pada masa sekarang memerlukannya. Dalam takaful juga konsepnya jelas (bagi yang muslim) dan ada panel shariah yang memantau. 

Kalau bukan keperluan kenapa Dokter, Peguam, Engineer, Polis, Guru dan Manager ambil? Sebabnya mereka merancang untuk akan datang. Kalau kaya tak payah ambil? Aku boleh jawab ya, tetapi lebih baik ambilkan untuk mereka yang tidak mampu. Contohnya, sponser beberapa orang anak yatim untuk ambil. Kan itu satu amalan yang sangat dituntut. Ramai ejen takaful yang dah berjaya pada masa sekarang, bukan sebab mereka nak UNTUNG tetapi mereka tak nak apa yang mereka alami, akan dialami oleh orang sekelilingnya. Mereka cuba membantu. Kalau tak sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban. 

Rasanya sampai di sini dulu perkongsian kita. Kita sambung perkongsian di lain entri. Teringat masa aku praktikal dulu, seorang pegawai di tempatku praktikal bagitau "abang ada dua kereta jef, tetapi digunakan dengan tujuan yang sama. Bagus ada satu jak". Aku jawab "kalau abang mampu ok juga tu. Yang tak ok kalau tak memahami keperluan dengan kehendak".





No comments: