Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Monday, February 25, 2013

KEPERLUAN VS KEHENDAK part 1




Akhirnya aku tiba di Labuan. Menaiki penerbangan AK 5172 daripada KL dan tiba di Labuan dalam pukul 5.20 pm. Satu pengalaman baru untuk tahun 2013 apabila berada dalam kapal dan mendarat ketika hujan renyai-renyai. Ramai juga orang ke Labuan walaupun hari ini adalah hari 'bekerja'. Mungkin ramai yang pilih penerbangan petang ini daripada awal pagi tadi. Sekarang penerbangan AirAsia ke Labuan telah bertambah menjadi 2 penerbangan setiap hari. Kalau dulu terpaksa bangun sebelum subuh untuk ke airport supaya tidak ketinggalan penerbangan. Alhamdulillah, sekarang AirAsia sudah memahami KEPERLUAN warga Labuan khususnya.

Ketika berada di dalam kapal dan secara tidak dirancang, aku satu flight dengan klien aku iaitu Jibfitri. Tanpa ku duga, aku juga satu barisan tempat duduk dengan SM Jib (PML) dan Kak Maureen (bos lama aku masa kerja kat cc). Sewaktu dalam tempoh menunggu kapal nak berlepas, aku berborak-borak dengan Bos JIB (salah satu Senior Manager di Petronas Methanol Labuan). Topik utama yang aku buka, macam biasa la mengenai takaful/insurans. Dia memberikan pendapatnya dan aku pun memberitahu mengenai takaful Prudential. Rupanya dia dah ambil medical card PruBSN Takaful ketika masih bekerja di Kerteh, Terengganu. Dia juga berkongsi mengenai satu syarikat insurans yang beliau tak berkenan dan beliau dah terminatekan akaun insurans anaknya, sebabnya pelan education yang ditawarkan macam 'menipu' dia. Beliau berkongsi ketidakpuashatian yang beliau alami. Beliau juga memberitahu kalau orang dah banyak duit tak perlu la ambil insurans/takaful lagi, begitu juga dengan mereka yang dah ada insurans company seperti P sebabnya dah full cover. Aku bagitau dengan dia "mungkin itu pandangan tuan, tetapi adakah apa yang ada itu berkekalan sehingga pencen?". Aku tambah lagi, "kan lebih baik sekiranya tuan ada perlindungan lain dan tuan mampu memilikinya". Dia jawab, "eya, tapi kalau orang itu dah banyak duit dan mampu simpan untuk family contohnya boleh simpan di bank dan ASB untuk perancangan pendidikan anak-anak, kalau mak ayahnya meninggal dia ada simpanan yang cukup untuk anaknya". Kemudian aku pun berilah pandangan dan dia balas lagi. Panjang juga perbincangan kami mengenai isu itu. Tapi dia setuju juga, insurans/takaful memang penting kepada golongan yang sederhana dan mampu memiliki insurans (boleh bayar insurans tu), terutamanya kepentingan medical card. Dalam hatiku, "nah, kan betul aku cakap".hehe

contoh medical card Prudential BSN Takaful

Ramai orang bila nak berkongsi berkaitan insurans/takaful, ekspresi 'muka' akan berubah dan akan cuba mengubah topik lain. Walaupun tidak semua, tetapi majoriti seperti itu. Apa yang best untuk ending perbincangan di atas adalah beliau bagi sedikit cadangan iaitu "kalau jumpa staff P untuk takaful/insurans minta dorang ambil medical card untuk anak-anak sebab P hanya akan cover sehingga anak itu 21 tahun, bagitau dengan dorang bagus ambil awal sebab tak bayar mahal, nanti anak dah kerja boleh sambung bayar sendiri". Satu cadangan yang baik.


Banyak perkara yang berlaku secara spontan ketika aku nak balik Labuan. Sampai di KL Sentral, aku tersalah 'belok'. Ingat naik atas kemudian turun ke bawah untuk naik bas ke LCCT. Rupanya salah jalan. Mungkin Tuhan dah aturkan untuk aku 'salah belok' dan sampai di atas, rupanya ada bookfair MPH. Aku pun singgahlah sekejap sebelum ke kaunter pertanyaan. Aku beli 3 buah buku dengan diskaun 20% setiap satu. Buku yang memang dah lama aku cari. Cuma satu buku yang aku cari tiada. Buku kawan, satu agensi dengan aku dalam PruBSN Takaful iaitu 'bote' aka Firdaus Ahmad. Seorang yang selain bekerja dengan P KLCC, dia juga seorang ejen insurans (top agent agencyku tahun 2012) dan juga seorang penulis buku serta blogger. Salute dengan kejayaan yang beliau perolehi sekarang. Beliau juga bakal resign kerja untuk full time dalam Takaful. 

Buku karya 'BOTE'

Selepas itu baru aku gerak ke kaunter pertanyaan yang ada di KL Sentral dan aku sampai LCCT dalam pukul 12 lebih. Mencari tempat untuk makan dan aku memilih MarryBrown. Time nak order, banyak juga pilihan (biasa la tu). Biasanya aku soal makan ni tidak terlalu berkira mengenai harga, tetapi tiba-tiba terfikir "kalau aku makan yang A tetapi harganya lebih murah daripada yang B tetapi aku makan dengan selera dan kenyang, kan lebih baik aku pilih yang A". Selepas makan, aku belek-belek buku yag aku beli. Sebenarnya buku yang aku beli ada 4, 3 aku beli di bookfair di MPH dan 1 lagi time aku di tempat adik aku (tak ingat nama kedai tu-area Setiawangsa). Time belek-belek sambil baca sedikit kandungan setiap buku, aku terfikir plak kalau lah ada buku yang tidak terlalu berat untuk pembaca tetapi dalam buku itu ada elemen kerohanian, agama, kelucuan, motivasi dan kehidupan kan best. Sebab selama aku membeli buku, belum ada lagi yang seperti apa yang aku fikirkan. Mungkin juga aku belum menemui buku seperti itu. Buku yang sempoi, tetapi penuh dengan elemen seperti yang aku fikirkan.

Sekadar coretan mengenai KEPERLUAN vs KEHENDAK part 1. Azam untuk close case minggu ini sebelum ke KK. Ya Allah, Engkau perkenankanlah...AMIN


~JeF's~

No comments: