Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, December 10, 2010

Kembali

Suasana laut di Menumbok-Labuan



Hari ini aku kembali semula ke kampus setelah 5 hari berada di Labuan. Aku sampai di Kota Kinabalu dalam pukul 12.18 tengah hari waktu Malaysia. Perjalananku kali ini berbeza dari kebiasaannya kerana kali ini aku tak tertido dalam bas dan juga feri. Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Sebenarnya aku nak lihat jalan sebab aku cadang nak balik naik motor nanti. Akhirnya selok belok jalan dapat aku ingat walaupun tak 100%. Ada juga signboard. Jadi senanglah perjalananku nanti. Apa yang penting stesen minyak. Kalau kereta ok la, ni naik motor. Perjalanan dari UMS nak ke Menumbok lebih kurang 185 KM. Mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih (ikut pemandu). Sampai sahaja di stesen bas, aku menghubungi sahabatku (Ashraf), ingat sekejap jak menunggu, hampir sejam aku menunggu. Selepas itu aku, Ashraf dan Nasir menjamu selera di restoran Wahyuni. Selepas menjamu selera Ashraf menghantar aku masuk ke kampus. Singgah sekejap mengambil 'ISTERI' ku di Kolej Kediaman AB. Terima kasih kepada yang menjaga 'ISTERI' ku selama 5 hari.
SAA1561N

Sampai sahaja di bilik, aku bergegas solat zohor. Selepas itu aku mengemas dan terus terlelap. Semasa aku berada di stesen bas, ada seorang 'abang' menyapa aku, dia nak minta derma untuk kanak-kanak yang berada di Mindanao, Filipina. Mereka nak buka sekolah di sana. Dia menunjukkan kad namanya dan alamat sekolah tersebut. Aku tanyalah kenapa tak minta terus dari Menteri atau Badan-badan kerajaan. Dia senyum sahaja. Aku pun menghulurkan sedikit derma. Bersyukurlah rakyat kita dapat bersekolah dan mendapat pendidikan walaupun diselubungi dengan pelbagai isu sensitif. Tidak seperti di beberapa negara khususnya Filipina kerana ada beberapa tempat di sana mengalami pergolakan kuasa dan agama. Sepanjang perjalananku dari Menumbok, dapat aku lihat dan menghayati suasana kampung di tepi-tepi jalan walaupun aku berada di dalam bas. Ada rumah besar, kecil, mewah, sederhana mewah, dan banyak lagi pembangunan sedang diusahakan dan dimajukan. Aku sempat juga tersenyum sendiri melihat pembangunan yang aku rasakan pelik. Jalan kecil, buat lagi roundabout. Tambahlah kecil. Bagi aku, tak salah nak majukan sesuatu tempat namun kalau negatif lebih banyak dari positif, bagus tak payah buat. Itu pendapat aku lah. Pernah seorang sahabat aku berkata "pembangunan di Sabah ni hanya untuk jangka masa pendek, bukan untuk jangka masa panjang". Lecture aku pun pernah berkata sedemikian. Sabah sebenarnya kaya dengan sumber alam. Ada kelapa sawit, minyak, makanan laut dan pelbagai tanaman lain lagi. Mungkin pemikiran dan persepsi rakyat di Sabah perlu diubah. Siapa yang nak ubah? Itu yang aku fikirkan sepanjang perjalanan ke Kota Kinabalu. Teringat kata-kata seorang sahabat "Kalau bukan kita siapa lagi".

Balik ke kampus ni juga aku dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan. Ibu kepada seorang sahabatku meninggal dunia (Khairuddin). Beliau merupakan Eksah MPP UMS sesi 2009/2010. Semoga dia tabah menghadapinya. Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Semoga arwah ibunya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Amin.

Dalam mengakhiri tahun 1431H dan bakal mengakhiri tahun 2010 ini, banyak peristiwa dan pelbagai isu hangat digemparkan. Isu yang semakin hangat adalah kenaikan harga beberapa barangan terutamanya minyak. Walaupun aku bukanlah seorang pakar ekonomi, tetapi aku melihat kenaikan harga ini akan mengakibatkan beberapa harga barang lain turut akan naik dalam jangka masa terdekat ini. Rasanya sahabat sekalian pun berfikiran sedemikian. Aku tak pasti apa sebab yang munasabah walaupun alasan sudah dikemukakan. Kita tidak mahu isu kenaikan harga berlaku lagi mengakibatkan harga barang lain turut naik. Sewaktu aku berada di Labuan, harga kue dah pun naik. Kalau dulu nak beli terang bulan (apam balik) hanya RM 3.00/2.50, sekarang dah RM 4.00. Terkejut juga aku. Itu belum yang lain. Harga gula dah naik RM 0.20. Pastinya harga minuman di restoran atau kedai-kedai makan akan naik tidak lama lagi. Kalau nak beli susu tin, memerlukan tempat penyimpanan seperti peti sejuk. Harap masuknya tahun baru 2011 ini akan mendatangkan perubahan kepada kehidupan rakyat di Malaysia.

Masuk tahun baru Hijrah juga, aku sempat buat sedikit kontroversi. "JEFRI TAHIR dah bertunang". Hehehe. Kepada yang nak percaya alhamdulillah. Kepada yang tak percaya, alhamdulillah juga. Semoga dipermudahkan. Just see and wait my friends.

Rasanya itu sahaja yang dapat aku kongsi kepada sahabat-sahabat yang sudi membaca perkongsianku kali ini. Kepada adikku yang sedang menduduki peperiksaan STPM (Mohd Tasri), semoga dipermudahkan dalam menjawab soalan peperiksaan. Buat yang terbaik yaa!


bersama adik (Mohd Tasri) ketika majlis perkahwinan adik di rumah makcik


5 comments:

Syaza said...

Kontroversi ye..? Hihihi :]
Adik akhi jef nikah dulu. Tra la la~

Uhm.. Harap akhi di ums sihat walafiat.
Tu laa, baik tinggal kat rumah lama sikit. Jimat duit.

JeF said...

haha..adik yang perempuan laa (Santi Tahir)..dah mengandung 6 bulan...yang laki tu masih single but not available..hehe..abangnya dah engaged..hehe


Bukan tak nak tinggal syaza, ada kerja nak d buat d UMS...

Syaza said...

seriously..?
uhm.. OK~

JeF said...

eya...nant syaza akan faham juga tu..

์•„์นธ์†Œ ์„ Ruffeq said...

wow... knp abg lmbt khwin dri adik abg???