Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, February 4, 2011

Hari MESRA Nur E-man 2011 (REHLAH)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan izin-NYA kelab Nur E-man atau lebih dikenali dengan nama UPS dapat mengadakan satu program "family day" yang julung kali diadakan. Program yang dianjurkan diadakan di Taman Pertanian Sabah Tenom selama 2 hari 1 malam (2-3 Februari 2011). Seramai 66 orang ahli kelab sahaja yang dapat mengikuti program ini.


Sepanjang program berlangsung, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dapat diadakan iaitu explorace (menghayati ciptaan Tuhan), riadah bebas dan BBQ. Sepanjang perjalanan ke tempat program, kami dapat singgah di beberapa tempat sekitar Tambunan, Banjaran Crocker dan pekan Tenom. Walaupun ringkas, namun objektif program dapat kami capai iaitu ingin mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli kelab Nur E-man supaya gerak kerja Kerohanian di kolej Kediaman E khususnya dapat bergerak dengan baik.







Semoga apa yang berlaku di penghujung perjalanan pulang ke kampus (UMS) menjadi titik tolak kepada perubahan diri setiap individu yang terlibat dalam program ini. Kita kena ingat, ujian Tuhan sentiasa ada walaupun di mana kita berada. Kita kena sentiasa yakin dengan-NYA dan percaya bahawa setiap apa yang Tuhan berikan pasti ada hikmah disebaliknya.

cenderahati kepada pengurus TPS



Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”




No comments: