Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Sunday, June 5, 2011

3K Belia Bestari 2011


Hari ini merupakan penutup bagi program pertamaku di JBS Labuan. Program yang berbentuk pengenalan kepada program-program kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan juga Jabatan Belia dan Sukan Labuan. Program yang dianjurkan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam walaupun sepatutnya berlangsung selama 5 hari 4 malam. Namun atas sebab-sebab tertentu, program ini terpaksa dihabiskan awal sehari. Program ini disertai seramai 84 orang peserta. 28 orang peserta daripada Labuan dan selebihnya berasal dari seluruh Sabah. Umur peserta dalam lingkungan 18-31 tahun.



Peserta lelaki

Peserta Perempuan

Fasilitator, Pegawai JBS dan Tim. Pengarah JBS (P) Negeri Sabah


Bagi aku program ini nampak menarik dan 'molek' kerana memberi peluang kepada belia yang mempunyai 'masalah' samaada dari sudut akademik mahupun kewangan. Ini kerana, semua perbelanjaan dan elaun belajar peserta akan ditanggung oleh Jabatan Belia dan Sukan selama 6 bulan untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia 1 dan 2. Satu pengalaman baru yang ku rasakan memberi satu pengalaman baru buatku kerana terpaksa mengurus peserta yang pelbagai ragam dan perangai 'pelik'. Tidak seperti program yang biasa aku handle di UMS dulu. Nampak mudah tetapi cabarannya sungguh mengujikan diri ini. Biasalah la tu, semua dah besar-besar belaka. Ada juga dalam kalangan mereka yang telah berkahwin.

Sedikit kekecewaan semasa program terutamanya berkenaan kerohanian. Mungkin ianya perkara 'remeh' bagi sesetengah pihak namun itulah yang menjadi masalah utama dalam program yang tidak menitik beratkan perkara ini. Kesannya, kita akan lihat dalam diri peserta selepas program. Diri ini walaupun sebenarnya 'payung terjun' mengendalikan kerohanian kerana fasilitator utama tiada yang nak handle. Walaupun hanya 'sedikit' yang datang, alhamdulillah, ada juga yang datang untuk turut sama berkongsi dalam slot selepas maghrib/isyak. Diharapkan program-program yang dianjurkan mana-mana pihak tidak kiralah samaada swasta ataupun kerajaan supaya menitik beratkan aspek kerohanian muslim atau non-muslim. Aku masih ingat lagi "biar program tidak terlalu grand, namun kesannya yang kita mahu". 
 

Yati, Kak Ratna dan Sue

Terima kasih juga ku ucapkan kepada sahabat praktikal ku yang berpraktikal di JBS (P) Negeri Sabah iaitu Yati, Kak Ratna dan Sue kerana banyak membantu serta kepada wakil Pegawai Abg Azizul (dapat juga elaun program untuk isi minyak motor).

Aku dan Abg Azizul (Pegawai JBS Labuan)

No comments: