Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Thursday, June 23, 2011

Si GADIS cilik, Bar’ah…..

Bar’ah, nama seorang gadis cilik, berumur 10 tahun terpaksa mengharungi hidup tanpa kedua-dua orang tuanya. Dengan umur yang begitu mentah, Bar’ah lebih matang dari usianya apabila cukup tenang berhadapan dengan peristiwa yang begitu tragis dalam kehidupannya. Menjadi yatim piatu seawal usia tersebut, Bar’ah melihat ia sebagai satu nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepadanya.

 

Ketenangan yang ada dalam dirinya segala-galanya berpunca dari kelebihan yang Allah kurniakan kepadanya. Seawal usia 10 tahun, gadis celik ini telah pun menghafaz al-Quran. Semuanya itu hasil dari didikan kedua-dua orang tuanya, yang bekerja sebagai doktor yang di pindahkan dari Mesir ke Arab Saudi untuk memenuhi tuntutan tugasan.

Dalam keluarga Bar’ah, al-Quran adalah ‘sajian’ utama. Lantaran itu tidak hairanlah ibu Bar’ah sering berpesan kepadanya, “anakku Bar’ah, aku akan pergi ke syurga di depan kamu. Tapi aku ingin kamu selalu membaca al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak...”

Ujian bagi Bar’ah bermula apabila doktor mengesahkan ibunya menghidap barah yang berada pada tahap akhir. Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan saat menanti kematian. Dan saat itulah, Bar’ah menggunakannya untuk membaca al-Quran setiap kali ia pulang dari sekolah dan menziarahi ibunya yang terlantar sakit di hospital.

Ujian terus menimpa Bar’ah apabila ditakdirkan suatu hari apabila kebiasaan dia dan ayahnya melawat ibunya, ketika melintas jalan, bapanya dilanggar sebuah kereta lalu menghembuskan nafasnya di situ. Bayangkan tangisan si anak kecil yang meratapi kematian si ayah di depan mata. Berita kematian ayahnya tidak diberitahu kepada ibunya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan si ibu. Lima hari berlalu dan waktu sampai ajal si ibu, si ibu masih tidak mengetahui si suami terlebih dahulu meninggalkannya. Begitulah cekalnya Bar’ah dan tenangnya dia berhadapan dengan situasi tersebut.

Bar’ah diuji lagi. Setelah kematian kedua-dua orang tuanya, Bar’ah melalui ibu bapa kawan-kawan sekolahnya berusaha mencari warisnya di Mesir. Tidak berapa lama tinggal di Mesir, Bar’ah dikesan menghidap barah. Berita tersebut sedikit pun tidak menakutkannya. Sebaliknya dia berkata, “alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua-dua orang tua saya.”


Sekadar perkongsian untuk semua...Sempena hari Bapa yang telah pun berlalu...Hargailah apa yang kita masih ada walaupun kadang kala membuatkan kita 'berasa lain'...Apa yang pastinya kehidupan perlu diteruskan sehingga kita sampai ke destinasi...Jaga Diri, Hiasi Peribadi...

No comments: