Alhamdulillah, pada 24-25 Jun 2011 satu program berbentuk kerohanian iaitu Kem Tahsin Solat SMK Taman Perumahan Bedaun Labuan telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Yayasan Amal Labuan. Program ini melibatkan pelajar dari tingkatan 1-5 seramai 60 orang peserta. Terima kasih aku ucapkan kepada sahabatku, Harieyadi (S/U PEMUDA), Asri dan sahabat dari KAL kerana sudi memanggil diri ini untuk turut serta dalam menjayakan program berkenaan. Tidak dilupakan juga kepada adik usrah dari KML iaitu Nan, Khairul dan Aisyah serta Pijut (UMS KK) kerana turut serta dalam program berkenaan.
Aku melihat program ini wajar dilaksanakan disetiap sekolah yang ada di Labuan kerana "nampak" sesuatu yang merunsing kami ketika menganjurkan program berkenaan. Apa yang aku dapat lihat, ramai diantara mereka masih tidak tahu untuk bersolat dengan baik walaupun usia mereka telah mencecah 17 tahun. InsyaALLAH, dari pihak Yayasan Amal akan cuba melaksanakan beberapa program untuk membantu remaja yang ada di Labuan ini. Semoga segala urusan akan dipermudahkan-NYA.
No comments:
Post a Comment