Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Monday, August 15, 2011

Jelajah Ramadhan siri II



Jelajah Ramadhan siri II diteruskan lagi pada 13 Ogos 2011. Kali ini KAMI memfokuskan kawasan sekitar Kg. Layang-Layangan, Kg. Lajau, Kg Bukit Kuda, Kg. Sg Labu, Merinding dan sekitar tepi pantai berdekatan pohon batu dan manikar. Pada Jelajah Ramadhan siri I, aku tidak dapat turut serta kerana terdapat 'kerja' lain. Pada siri kali ini, pemberian sumbangan diberikan kepada golongan miskin, anak yatim, ibu dan ayah tunggal serta OKU. Senarai nama diperolehi melalui pemberian maklumat daripada JKM, Baitulmal, MAIWP dan risikan daripada DPP Labuan sebelum jelajah berlangsung. 

taklimat ringkas daripada Hj. Amir





OKU

Rombongan jelajah kali ini disertai seramai 12 orang muslimin dan 4 orang muslimat dengan menggunakan 6 buah kereta. Lebih kurang 40 buah rumah telah kami lawati dan berakhir sekitar pukul 12.15 tengah hari. Semoga pemberian sumbangan dapat meringankan sedikit beban masyarakat yang memerlukan sekitar Labuan. InsyaAllah Jelajah Ramadhan yang terakhir akan berlangsung sebelum syawal.

keluarga yang tidak mempunyai bekalan elektrik

 adik-beradik buta sejak lahir lagi

No comments: