Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Tuesday, August 16, 2011

Jom Sahur siri II

Alhamdulillah, Program Jom Sahur kembali lagi. Kali ini kami berada di rumah seorang 'ibu' yang tinggal seorang diri di sebuah rumah yang agak usang terletak di Kg. Lubuk Temiang W.P. Labuan. 

Tidak pernah berkahwin dan pastinya tidak mempunyai anak. Berusia dalam lingkungan 40-an dan merupakan anak jati Labuan. Rombongan kami pada pagi itu disertai seramai 7 orang muslimin dan 4 orang muslimat menggunakan 3 buah kereta. Ketibaan kami disambut dengan senyuman mesra oleh 'ibu' dan rakannya. Seperti biasa, ucapan alu-aluan daripada En. Megat dan doa dipimpin oleh Ustaz Akmal. Kemudian disusuli dengan pemberian sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Amal Labuan iaitu saudara Diman dan diteruskan dengan santapan bersahur. Keadaan sungguh meriah pada pagi itu dengan celoteh dari rakan 'ibu' yang sungguh mesra dengan gurauan-gurauan yang mencuit hati dan menghiburkan kami. Selepas bersahur, kami pun beredar dan singgah solat subuh di Masjid Kg. Ganggarak. InsyaALLAH, jom sahur seterusnya akan berlangsung dalam masa terdekat ini.

Pisang yang jarang ditemui

'Ibu'


Sir Hakim

1 comment:

Anonymous said...

pisang tembaga... jarang jumpa tp sedapppp!!! khas bsama jom sahur.