Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Wednesday, August 17, 2011

Jom Sahur siri III



17 Ogos 2011, kami daripada Yayasan Amal Labuan meneruskan lagi aktiviti Indah Ramadhan 2011. Kali ini kami meneruskan Jom Sahur siri III di sebuah rumah yang terletak di Kg. Bebuluh Laut. Destinasi kami pada pagi itu adalah di rumah seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak ( 3 perempuan dan 2 orang lelaki ). Sebelum kami ke sana, terlebih dahulu aku dan Harieyadi telah melawat keluarga berkenaan pada sebelah petangnya atas pemberian maklumat daripada pihak JKM Labuan. Setelah itu, kami berjumpa keluarga tersebut dan memaklumkan bahawa pihak kami (Yayasan Amal Labuan) akan datang untuk bersahur bersama-sama dengan keluarga berkenaan.
wawa dan kakaknya

Hakim dan Anuar

Rombongan kami pada pagi itu disertai oleh 5 orang muslimin dan 4 orang muslimat dengan menggunakan sebuah kereta dan 3 buah motor. Ketibaan kami agak lewat sedikit daripada kebiasaannya. Seperti biasa, ucapan alu-alaun daripada En. Megat, kemudian disusuli dengan santapan sahur dan setelah itu, pemberian sumbangan kepada keluarga Pn. Radiah. Majlis kami pada pagi itu diakhiri dengan doa. Setelah selesai, kami pun beredar dan singgah solat di Masjid Taman Mutiara, Sg. Bedaun.





No comments: