Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Thursday, October 27, 2011

Memancing






Hari ini kami menerima tetamu dari jauh. Seorang aktivis mahasiswa yang selalu membuat onardi semenanjung demi menuntut keadilan dan kebebasan bersuara untuk mahasiswa. Merupakan bekas pelajar di UMS KAL dan kini menuntut di KUIS. Pada pagi itu hanya Harieyadi dan Hakim yang menjemput shukri di airport dengan menggunakan kereta myvi milik Qatrun. Aku pada masa itu masih lagi tidur-tidur ayam. Jadi aku tinggalah sorang di rumah. Mereka sampai di rumah selepas zohor. Lambat juga mereka sampai (dalam hati), sebab mereka singgah membeli alatan memancing di bandar. Inilah kali kedua aku berjumpa dengan Shukri. Kali pertama, ketika beliau memberi ucapan ketika mahasiswa UMS KK membuat demo senyap untuk Palestin. Petang itu juga aku terpaksa menjadi chef. Ketika di rumah aku lihat Shukri sibuk dengan panggilan-panggilan dari seberang terutamanya media. Ini kerana sebelum beliau ke Labuan, beliau selaku Pengerusi SMM telah mengadakan demo lilin di UIAM untuk menuntut kebebasan Prof. Aziz Bari. Seorang pensyarah di UIAM.




Selepas solat asar, kami pun bergerak ke destinasi untuk memancing. Mencari tempat yang sesuai untuk memancing. Akhirnya kami memilih port sekitar Manikar Beach berdekatan dengan kawasan rumah yang paling besar di Labuan. Laman rumah sahaja boleh di buat padang golf. Tidak berapa lama pancing Shukri mengena sesuatu. Rupanya ikan, pertarungan pun bermula. Ketika hendak menaikkan ikan berkenaan ke tebing, ikan tersebut berjaya meloloskan dirinya sebelum sempat dimasukkan ke dalam bekas. Geram juga tak dapat ikan tersebut, namun kami pasrah ianya bukan rezeki kami. Aktiviti memancing diteruskan lagi hingga ke maghrib, Namun, kami berasa hampa kerana selepas ikan tersebut terlepas kami tidak berjaya mendapatkan hasil yang kami harapkan. Sedikit gurauan pada petang itu. Aku berkata ‘mungkin ikan tadi dah SMS kepada semua ikan supaya jangan berenang berdekatan tempat kami memancing, sebab itulah tak dah sudah yang mengena’. Semua gelak dan mengiyakan



Walaupun tidak mendapat apa yang diharapkan, yang melucukan anak ikan buntal sering kali melekat di umpan, seperti baby yang tengah menyusu. Bukan sahaja anak ikan buntal, rumpai laut pun menjadi mangsa umpan kami. Terasa berat rupanya rumpai laut. Hampa tidak mendapat sebarang hasil, kami pun beredar dan singgah menunaikan solat maghrib di masjid yang berdekatan. Selepas itu kami singgah makan di ‘Tomyam Island’ area Bataras. Shukri memilih ikan untuk juadah kami. Selain itu kami juga memesan sup tulang. Sedap dan menyelerakan. Melihat ikan yang dihidangkan tadi, mengingatkan aku ikan yang terlepas tadi. Setelah menjamu selera, sedikit perbincangan dan perkongsian daripada Shukri mengenai keadaan semasa dalam Negara dan mengenai demo yang beliau buat baru-baru ini. Selepas itu kami singgah sebentar di Supermarket Bataras untuk membeli tong gas. 



Pada malam itu, kami membuat sedikit perbincangan dan perkongsian maklumat daripada shukri dengan alumni KAL dan aku yang bukan alumni KAL. Banyak maklumat yang aku perolehi pada malam itu. Perbincangan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Banyak yang aku tidak tahu sebelum ini mengenai sosialis dan mendapat pencerahan daripada Shukri. Fahmi Reza, itulah nama yang Shukri sering sebut dan mengaitkannya dengan golongan sosialis di Malaysia. Maklumat mengenai gerakan-gerakan yang aku tidak pernah dengar di kampus membuatkan aku berasa seperti budak kecil yang baru belajar mengenal abjad. Terasa ingin kembali semula di alam kampus. Selepas itu, kami keluar makan di KFC dan singgah sekejap di OneMart membeli barang. Ketika makan di KFC, kami dikejutkan dengan gelagat beberapa orang yang telah mabuk dengan ‘percakapan’ yang memang melucukan juga. Terfikir dalam fikiranku, kalau beginilah Labuan setiap malam, banyak kerja yang perlu dibuat untuk mengubah minda orang Labuan. Arak sudah menjadi ‘minuman’ rasmi kebanyakkan orang Labuan di waktu malam. Pub-pub yang semakin bertambah dan pengunjungnya sentiasa ada walaupun hujan. Tiba di rumah, masing-masing mencari port untuk tidur. Selepas solat subuh aku dan Yin menghantar kereta kepada tuannya. Selepas itu aku mengemas barang-barangku dan berehat sebentar kemudian pulang ke rumah. Tiba di rumah, aku mengemas pakaianku dan membasuhnya. Sudah 2 hari aku tak balik rumah. Rumah PEMUDA merupakan rumah keduaku. Aku mendapat mesej dari KP yang memberitahu supaya ready untuk ke Ijtimak Tarbawi di KUIZM, Taman Melewar, Gombak pada 28-31 Oktober 2011. Akhirnya aku terlena dibuai mimpi yang indah.
 
 

No comments: