Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Sunday, October 2, 2011

PASTI Ar-raudhah W.P. Labuan



Alhamdulillah, dalam perancangan PAS kawasan Labuan akan membuka cawangan PASTI di W.P. Labuan yang akan bermula sesi pengajiannya pada bulan Januari 2012. sedkit penerangan mengenai PASTI.

FALASAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya  diredhai oleh Allah S.W,T di dunia dan di akhirat.

VISI 
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia Melalui Pendidikan Pra Sekolah sebagai Elemen Terpenting.


MISI
Meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan pengurusan bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.


PIAGAM PELANGGAN PASTI
Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 5M (membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal).
Sentiasa mengemaskini proses pengajaran dan pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam pendidikan.
Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
Sentiasa proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.


SILIBUS 
 
MATA PELAJARAN ( 6 TAHUN ) 
BAHASA MELAYU 
BAHASA INGGERIS 
MATEMATIK 
JAWI 
ARAB 
AL-QURAN 
PERIBADI MUSLIM 
PENDIDIKAN SAINS 
PENDIDIKAN SENI

MATA PELAJARAN ( 5 TAHUN )
BAHASA MELAYU 
BAHASA INGGERIS 
MATEMATIK 
JAWI 
ARAB 
AL-QURAN 
PENDIDIKAN SOSIAL 
PENDIDIKAN SENI

PRAKTIKAL
AMALI SOLAT 
PENDIDIKAN JASMANI 
KREATIVITI



Semoga usaha ini akan berjaya dan mendapat sambutan daripada rakyat di W.P. Labuan. Kepada semua AJK PASTI, semoga segala urusan dipermudahkan oleh-NYA. Amin.

No comments: