Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Saturday, January 21, 2012

Alhamdulillah...

Akak (Nur Syafiyyah A'liah) dan Adik (Burhanuddin Al-Hilmi)

Selamat hari Lahir Safiyyah!!..semoga menjadi anak yang solehah. 19/01/2012 merupakan tarikh lahir bagi seorang anak PASTI. Nur Syafiyyah A'liah. Anak Ustaz Hilmi. Walaupun hanya seorang sahaja yang menyambut Birthday Girl, tapi macam semua yang meraikan birthday masing-masing. InsyaAllah, kami di pihak pengurusan PASTI telah merancang untuk menyambut Hari Lahir setiap pelajar PASTI. Kalau ramai dalam bulan tu, kami akan gabungkan. Teringat pula masa menyambut Hari Lahir adik usrah dulu dengan Hari Lahir sahabat rapat. Walaupun hanya dengan sebiji kek, namun suasananya tetap meriah. Apa yang pastinya tujuannya adalah untuk kita sama-sama meraihkan dan merapatkan ukhuwah. 

kurang seorang (Hanim si comel dan petah)


Baru sebentar tadi diri ini ditahan oleh JPJ. Mereka buat roadblock sempena OPS Tahun Baru. Alhamdulillah lepas juga. Risau sebenarnya sebab aku ni tiada lesen lagi. Allah mudahkan urusan. Malam itu aku keluar dalam pukul 8.20 kerana 8.30 ada Usrah di Batu Arang. Sampai sahaja dekat simpang Bataras, ada pula roadblock. Nak pusing, U-turn ke airport dah lepas. Dengan hati berdebar-bebar dan sedikit doa, aku teruskan juga sampai la seorang anggota JPJ tahan, minta aku berhenti di tepi. Lepas tu, ditanyalah lesen dan roteks. Aku bagi la roteks ku dan berjumpa dengan Ketuanya. Roteksku ok. Di minta pula K/P ku dan dia tanya "mana motor kamu". Dia tengok motor dan tanya lesen. Aku jawab la yang perlu (jawapanku sahabat fikir la ya). Lepas itu dia bagi semula roteks dan K/P ku setelah aku bagi tengok motorku. Aku cakap la "terima kasih cik" dan aku tanya "malam ni ada apa cik?". Dia jawab "ada OPS Tahun Baru". Kemudian aku pun gerak ke Batu Arang. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan malam ni.



Usrah malam ni, kami kupas surah al-An'am, ayat 38-40 dan sedikit pengisian fikh serta perbualan isu-isu. Naqib malam ni, Ustaz Yazid. Usrah kawasan alhamdulillah hidup kembali setelah 2 minggu lepas kawasan disibukkan dengan kehadiran pimpinan Badan Perhubungan Wilayah dan Pemuda Wilayah. Usrah kali ini juga lebih teratur dari sebelumnya. Terisi dengan kata-kata seorang pimpinan, "kita nak berjuang ni mesti atur masa dengan baik. Kita nak jadi muslim yang baik, mesti atur diri kita dengan baik". Kata-kata yang meresap terus ke dalam diri ini. Malam tu juga perkongsian mengenai isu semasa tentang Dr. Hassan Ali. Bagi pandangan aku, setiap organisasi ada peraturan (perlembagaan) masing-masing. Kalau sudah perkara itu diputuskan dan telah dibincangkan dengan atasan (syura), kenapa perlu ada 'mulut-mulut' yang kata Tok Guru Nik Aziz 'kurang cerdik'. Kalau ada masalah lagi jumpa terus, bukannya 'cakap di luar'. Khalid Al-Walid seorang 'panglima' yang disegani dan merupakan 'pedang Allah' dipecat ketika Zaman Saidina Umar dengan menerimanya tanpa 'bising-bising', ini pula kita yang baru sahaja berjinak-jinak dengan perjuangan nak mempertikaikan sesuatu. Aku tidak nafikan hak bersuara setiap orang, tetapi ada perkara yang sepatutnya tidak menjadi bualan sehingga menyebabkan ia jadi isu dipihak lain.


Itulah kehidupan apabila kita berada diluar, kehidupan sebenar. Ujian itu akan sentiasa ada dan pastinya kita sebagai hamba-NYA belum tentu lepas dari ujian-NYA sebab dari ujian itu Allah menilai diri setiap hamba-NYA. Apa yang perlu, kita perlu sentiasa memperbaiki diri dan mempersiapkan diri.
JAGA DIRI, HIASI PERIBADI...













"Aku berjuang kerana ALLAH, bukan kerana Umar"  - Khalid Al-Walid


No comments: