Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, March 16, 2012

Masalah

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Ali ‘Imran, ayat 139...


Kerinduan diri ini berkongsi cerita akhirnya 'tercapai' juga di pagi hari 16 Mac 2012. Sudah lama diri ini menjauhkan diri dari teratak usang yang banyak mengajar diri ini erti sebuah kehidupan. Terasa 'malas' menulis timbul dalam diri ini. 'malas' salah satu perangai yang semua orang pernah alami. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kecil atau besar. Gemuk ataupun kurus. Hampir 2 bulan rasanya diri ini berjauhan dari taratak ini. 


'Saya bukanlah seorang yang hebat, tetapi saya akan cuba yang terbaik'. Kata-kata seorang sahabat yang usianya sebaya dengan adikku. Kata-kata yang penuh dengan maksud yang mendalam kepada yang mendengarnya pada masa itu. Begitu juga ayat yang selalu aku dengar pada masa dulu 'bolehkah saya tidak join? ada lagi yang lebih layak dari saya'. Dua kata-kata yang membuat diri ini berfikir dan menjawabnya 'jangan fikirkan diri sendiri' kepada kata-kata yang kedua tadi. Bukan nak marah cuma nak 'orang' tersebut balik bilik dan berfikir. 


Tiba di rumah sepupu, aku membuka laptop dan seperti biasa membaca berita semasa dan buka muka buku sambil 'bercerita' dengan sahabat yang mahu datang ke Pulau minggu depan. Membaca 'sesuatu' untuk mengisi dalaman ini dan berborak dengan adik sepupu mengenai GAJI. Dapat mesej dari 'JAUH' dan terlupa membalasnya. Itulah yang berlaku kepada diri ini beberapa detik tadi. Hanya ungkapan 'SIOU' dapat ku berikan. Merenung dalam diri ini apa yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang perlu diselesaikan dengan segera. Betullah apa yang pernah naqibku sampaikan dalam sebuah usrah ketika di kampus dulu, "Ujian dan cabaran dikampus ni, sikit sahaja. Ujian dan cabaran diluar sana lebih banyak"...


Alhamdulillah, Allah berikan sesuatu yang cukup bermakna untuk diri ini. Masalah 'hati' memang sesuatu masalah yang antara yang sukar untuk diatasi. Mungkin sahabat-sahabat pernah mendengar ayat ini ''asyik-asyik masalah hati'. Nampak biasa tetapi apabila berlaku kesannya boleh mengganggu semua orang.


Teringat kembali kisah anak Nabi Adam AS yang rasanya semua sahabat tahu dan hadam. Akibat 'masalah hati' boleh membunuh darah daging sendiri. Bak kata orang dulu-dulu 'sedangkan suami isteri pun bergaduh, lidah lagi tergigit, inikan pula hanya sahabat'. Biar kita telah kenal lama dengan sahabat kita, namun jika hubungan itu tidak 'ikhlas' pasti masalah hati akan timbul. Kepada sahabat sekalian, jagalah hubungan silaturrahim antara sahabat kita dengan baik dan cuba cari 'ikhlas' dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan terlalu ego sekiranya kita berasa diri kita 'salah'. Tanamkan dalam diri sikap meminta maaf. Teringat pula kata-kata Kapten ketika menghuraikan apa itu 'ikhlas' di warung 'burger kukus' dengan penuh mendalam.


Rugi rasanya apa yang pernah kita 'belajar' di kampus, kalau diluar kita tidak cuba aplikasi. Dalam kehidupan, masalah akan sentiasa ada, sebab itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupan. Dari masalah itu, mungkin ada 'sesuatu' yang Tuhan nak tunjuk kepada kita.


Coretan ini sekadar untuk perkongsian kepada semua sahabat, terutamanya sahabat-sahabat yang memahami maksud disebalik coretan ini. Kita akan cuba mencari solusi disebalik apa yang berlaku ini. Walaupun bukan mudah, tetapi ingatlah sahabat-sahabat, Allah maha pengasih dan penyayang. Pasti ada sesuatu yang Dia akan berikan. Buat renungan diri ini dan sahabat yang membaca.

No comments: