Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Sunday, December 30, 2012

Perginya seorang 'ABANG'...



Hari jumaat baru-baru ini, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang yang sangat ku kenali. Menerima panggilan telefon dari Hj. Hamir dan memintaku mencari info untuk membuktikan kebenaran berita itu. Ku telefon Fairuz dan membuka facebook. Akhirnya jawapan ku temui bersama dengan SMS dari Hj. Hamir yang memberitahu, Abg Lan dah meninggal dunia (kanser hati) dalam pukul 1 pagi dan akan dikebumikan sebelum solat jumaat. Makluman itu daripada Ust Abu Bakar Chik. Aku yang baru nak bersiap untuk berjumpa dengan klien terus duduk kaku sebentar. Seakan tidak percaya berita yang baru ku terima. Ku ambil hanset dan menghantar SMS kepada sahabat-sahabat yang berada di Labuan dan juga sekitar KK yang mengenali arwah Abg Lan. Selepas itu, ramai yang telefon bertanyakan mengenai SMS yang dihantar. 


Pemergiannya yang ku anggap sebagai 'abang' ini amat menyedihkan diri ini. Seorang yang peramah, tidak pernah berkira terutamanya berkaitan dengan gerak kerja, kadang serius tetapi sentiasa lucu dengan gurauannya yang bersahaja. Baru sahaja berusia 39 Tahun (16 Disember 1973), telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak (sorang puteri, 2 putera). Aku mula mengenali arwah ketika mula berpraktikal di Labuan iaitu sekitar bulan Mei 2011. Banyak yang arwah kongsikan. Cerita ketika arwah belajar dengan Ust Abu Bakar Chik, kerja dan pengalaman-pengalaman lain. Nasihat dan sindirannya pedas, tetapi penuh bermakna. ....Salam Takziah kepada keluarga Arwah Abg Lan...
Semoga pengorbananmu mendapat balasan yang setimpal daripada-NYA dan ditempatkan dikalangan para solihin serta mendapat rahmat daripada-NYA...amin

Program Jelajah Ramadhan 1433H

-Al-fatihah-

No comments: