Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, January 25, 2013

We Dream, We Act, We Conquer



" PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA DARI SATU LANGKAH " 
~ LAO TZE ~


Januari 2013 sudah hampir di penghujungnya. Hari ni juga genap 5 hari laptopku 'sembuh' dari 'sakit'. Hari ni juga aku dapat close case untuk permulaan tahun 2013. Alhamdulillah, tahun 2012 telah berlalu dan banyak memberikan pengalaman yang berharga untuk ku bawa ke tahun 2013 ini. 

Sudah lama aku tidak berkongsi cerita di teratak ini. Kesibukan dengan pelbagai tugasan dan ke'malasan' menaip di teratak ini menyebabkan teratak ini sunyi hampir berbulan-bulan. Last sekali aku post cerita adalah ketika aku mendapat berita kematian Arwahyarham Abg Azlan Hj Ismail. Pemergiannya amat terasa hingga sekarang. Seorang abang yang cukup caring dengan 'adik2'nya dan sahabat2nya. Semoga dirinya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Satu peringatan buat kita yang masih hidup supaya sentiasa mengingati MATI yang pasti akan dilalui oleh semua orang. Arwah Abg Lan meninggal dunia disebabkan oleh kanser hati.

Abg Lan

Minggu lepas juga aku baru sahaja balik dari Semenanjung Malaysia. Aku berada di sana lebih kurang seminggu. 2 hari di rumah adikku (Setiawangsa), sehari di Pandan Indah, 2 hari 1 malam di Genting (Prudential Wealth Planners Conference 2013), sehari di Damansara (Perjumpaan SIXMA Group) dan balik ke Labuan pada 18/01/2013 (7.45 am). Tiba sahaja di Labuan (10.15 am) aku dijemput oleh Ust Nik Iznan dan join dia bawa rombongan YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa. Aku sampai di rumah selepas Asar. Malam tu aku tidur awal. Keesokkannya program bersama DHPPL dan ketibaan YB Ir. Nizar untuk menghadiri dinner DHPPL. Keesokknya baru aku dapat hantar laptopku ke kedai. Risau juga kalau laptop problem sebab banyak kerja tertangguh dan tergendala.

Tahniah Pru BSN Takaful !!

Cerita ku macam tak da kaitan dengan tajuk. hehehe. Sebenarnya tajuk post kali ini adalah sebagai pembuka tahun 2013. Kata-kata semangat untuk terus success dalam apa yang ku ceburi sekarang. Misi tahun ni nak capai target yang telah ku rancang. Perancangan tu biarlah rahsia. hehehe. Apa yang penting adalah tindakan untuk aku mencapai targetku. Selepas itu, aku akan memperolehi hasilnya. Kita nak sesuatu, perlu berusaha untuk mendapatkannya. 



     

No comments: