Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Monday, January 28, 2013

SABAR




26/1/2013

Hari ini aku bertolak ke Kota Kinabalu sekitar pukul 9.15 am dari Labuan. Aku menaiki speedboat hingga ke Menumbok dan sambung lagi naik bas untuk ke Kota Kinabalu. Perjalanan kali ini alhamdulillah berjalan dengan baik dengan cuaca yang tidaklah terlalu panas seperti sebelum ini. Aku tiba di terminal bas depan Mahkamah sekitar pukul 2.15 pm. Lambat sampai sebab jem ketika berada di Papar dan Putatan. Tiba di stesen bas, aku terpaksa menunggu seketika sementara Jamil dalam perjalanan untuk mengambilku. Petang itu sepatutnya aku ada temujanji dengan klien yang bercadang untuk tambah pelan takafulinknya, tetapi terpaksa dibatalkan atas sebab klien tu ada hal. Aku mendapat sms dari klienku ketika aku berada dalam bas di area Papar. Klien ni dari Tambunan, aku kenal melalui klienku yang telah ambil polisi tahun lepas.

 ----------------------------------------
28/1/2013

Seawal pagi aku dikejutkan dengan bunyi sms yang masuk...

" Salam, ana minta tangguh dulu untuk ada komitmen untuk tabungan pru, ana xcukup bajet untuk takaful"...

Baru bangun terus bertambah layu. Klien ni aku follow-up dari awal bulan Januari lagi. Sebelum ni, dia nak ambil untuk dirinya. Kemudian dia cakap mau tukar untuk 3 orang anaknya. Quotation dah buat, dia cakap ok. Tapi pagi tadi terjawab segala-galanya. Tak pa la, nanti follow-up semula.

-----------------------------------------


Situasi ni adalah antara situasi biasa bagi yang dah biasa. Bagi aku pula, aku akan membawa diri ini berjinak-jinak menghadapi situasi tersebut. Kita hanya merancang, perancangan dari-NYA adalah yang terbaik.



No comments: