Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Monday, February 21, 2011

PRO-M (OREN) VS REVO-M (MERAH)




17 Februari 2011, bermulalah sudah medan siasah kampus. Seramai 16 calon umum yang layak bertanding akan beradu tenaga untuk merebut 7 kerusi umum yang akan dipertandingkan. Pada tahun ini calon cina bertambah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu seramai 4 orang (2 Lelaki, 2 Perempuan). Terdapat beberapa sekolah yang telah menang tanpa bertanding iaitu SPKS (2), SPTA (1), SPS (1), SSMP (1) dan buat pertama  kalinya PASCASISWAZAH (1) bertanding. Walaupun terdapat beberapa kekecohan berlaku semasa kempen dan juga rapat umum dijalankan, jentera yang menggunakan warna oren tetap tenang. Ketika rapat umum penulis mendengar khabar ada pelajar "ditumbuk". Penulis tidak pasti apa sebabnya. Apa yang penulis ingin komen, cara begini tidak bagus kerana apa yang penulis dapat tahu, pelajar berkenaan sekadar ingin menegur supaya tidak bising ketika calon-calon sedang berucap, namun lain yang terjadi selepas itu. Kepada semua mahasiswa, ayuh turun mengundi calon anda. Kepada semua jentera, mohon kerjasama dan timbulkan rasa hormat dalam diri terhadap calon-calon lain ketika berkempen dan juga rapat umum. Tunjukkan bahawa anda seorang mahasiswa universiti. Kita jangan hanya pandai berkata-kata, tetapi tindakan untuk kebajikan mahasiswa hanya sekadar OMONG kosong. Sedikit gambar kenangan semasa PRK UMS berlangsung.






No comments: