Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Monday, February 28, 2011

Sesi Pemilihan JAKMAS UMS 2011




Perebutan kerusi JAKMAS membuka tirai setelah pemilihan MPP berakhir pada minggu lepas. Walaupun sesi pemilihan JAKMAS kali ini tidak seperti dahulu iaitu ada beberapa Kolej Kediaman tidak menggunakan sistem seperti pemilihan MPP iaitu melalui E-VOTING. Kebanyakkan JAKMAS menggunakan sistem TEMUDUGA yang diurus dan diatur oleh HEP Kolej Kediaman (diketuai oleh Pengetua). Pertambahan kerusi juga berlaku di beberapa JAKMAS. Salah satu JAKMAS yang menambah bilangan kerusi adalah Kolej Kediaman E iaitu sebanyak 14 kerusi. Pertambahan kerusi JAKMAS ini adalah permintaan daripada mantan YDP dan beberapa ketua Kelab yang terdapat di Kolej Kediaman E. Selain itu, pengurusan Kolej Kediaman E juga akan mengalami perubahan yang drastik iaitu, ketua-ketua blok dan ketua-ketua kelab akan menjadi antara 'orang' penting (seperti Exco JAKMAS) dalam menggerakkan Kolej Kediaman E. 

Hasil maklumat tidak rasmi yang penulis perolehi, YDP JAKMAS IP adalah perempuan. Ini merupakan kali pertama YDP JAKMAS adalah perempuan. Bagi JAKMAS E, 4 orang adalah lelaki dan 10 orang adalah perempuan. Apa yang penting bagi penulis, gerak kerja untuk kepentingan mahasiswa itu penting. Bagi yang muslim letakkan agama ISLAM sebagai panduan dalam kita bergerak kerja dalam sesebuah organisasi. Jadikan kita contoh kepada sahabat-sahabat kita yang lain. Jadilah orang yang boleh menerima pendapat orang lain walaupun kita kurang bersetuju selagi ia tidak sampai melanggar syariat.


Nabi Muhammad SAW bersabda "Tidak akan lekang umat ini daripada satu kumpulan yang menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dimudharatkan sesuatu selain daripada yang ditakdirkan ALLAH SWT".

3 comments:

Leow said...

terkejut bila pemilihan jakmas melalui interview..
bila nak update board terbaru mpp jef?

JeF said...

biasa laa tu..YDP E pun perempuan..busy laa skrng..hehe..jawatan MPP pun berubah dari exco kepada jabatan..byk perubahan kali ini...pertembungan PRO-M dgn REVO-M pun da bermula pada sem ni...apa yang pastinya, PRK untk JAKMAS tidak akan seperti MPP lagi sekiranya tiada bantahan dari mahasiswa sendiri...

Leow said...

perempuan atau lelaki x jadi masalah.. kaliber yang paling penting..

tapi melalui interview memang sikit mengecewakan