Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Friday, February 11, 2011

Thank You ALLAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana kasih sayang-NYA hari ini aku mendapat seseorang yang akan menjadi penyeri dalam kehidupan keluargaku. Pastinya, ibuku tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Setiap orang pasti mengimpikan suasana yang bahagia dalam hidup mereka. Begitulah juga dengan aku.


Pada 10 Februari 2011 bersamaan dengan 7 Rabiulawal 1432H selepas asar, lahirlah seorang bayi perempuan yang diberi nama Nurul Syuhada. Bayi tersebut merupakan anugerah dari Allah swt untuk adikku (Santi dan suaminya Nordin). Aku menerima berita gembira ini dari ibuku. Sungguh gembira rasa diri ini yang telah bergelar Pak Long. Apa yang pastinya, bertambah lagi seorang umat Nabi Muhammad saw. Semoga anak buahku ini menjadi insan yang berguna kepada Islam kelak. 

Kepada adikku, jagalah anakmu sebaik-baiknya supaya menjadi anak yang berguna untuk Islam dan menjadi anak yang solehah dan patuh kepada ayah dan ibunya. 'Cemburu' juga diri ini melihat adik mendahului abangnya.Hehehe. Namun dalam 'cemburu' itu, terselit kesyukuran kepada Illahi kerana memberikan satu lagi 'mutiara' yang akan menjadi penyambung generasi keluarga kami. 

Nurul Syuhada Binti Nordin







2 comments:

Anonymous said...

ADVANCENYE LAHIR.....10 APRIL 2011...SEKARANG BARU BULAN 2....DAH LAHIR KE AKHI BABY TU??????

JeF said...

hahaha..
tq coz bgtau..mamai2 ba menulis hari tu..xperasan plak..hehe