Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Sunday, February 10, 2013

FENOMENA SETIA HUJUNG NYAWA

"Dik, apa juga yang kita buat kat dunia ni kita kena juga berbalik kepada agama. Islam agama yang sempurna untuk kita jadikan panduan."....antara dialog dalam drama bersiri "Setia Hujung Nyawa".



Hebat juga penangan drama bersiri ni. Kalau dulu time aku di kampus, KCB. Namun, penangan SHN lebih dahsyat lagi kerana 'isi'nya yang aku perhatikan lebih mudah masuk ke dalam jiwa-jiwa 'lembut'. Aku bukanlah follower drama ni dari mula hingga akhir, cuma bila aku buka FB mesti ada yang bercerita mengenai drama ni. Aku tengok sedikit sebanyak drama ni melalui internet. Itu pun dah last episod, ada kawan dalam FB post. Sifat ingin tahu menyebabkan aku cuba melihat sendiri apalah yang syok sangat cerita ni. Secara kesimpulannya aku lihat drama ni banyak pengajaran 'moral'nya. Olahan cerita yang menarik, bersahaja dan yang menontonnya pasti 'merasai'nya. Bukan nak memuji drama ini, namun setelah kemahsyuran KCB suatu ketika dahulu yang banyak memberi pengajaran dan pemahaman 'agama', sekarang tiada lagi drama atau movie yang setanding dengannya. Ada pun, drama-drama di OASIS seperti 'Tanah Kubur'.


Tidak ku nafikan drama SHN ni banyak memberikan gambaran positif sekiranya kita melihat dari sudut semasa. Banyak elemen-elemen kehidupan semasa yang mungkin berlaku dalam kehidupan seharian pada masa kini. Aku rasa drama seperti ini lebih baik dari movie-movie yang banyak elemen seram dan mengarut. Ceramah UAI tetap yang terbaik!!!


"Orang yang bijak selalu mencari kesilapan diri dan memperbetulkan kesilapan dan orang yang bodoh pula selalu mencari kesilapan orang lain."

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang Satu
Yang setia bersamaku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisiku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

No comments: