Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...

Wednesday, February 6, 2013

Harapan

Sambil melayan lagu "harapan-Hyper Act" sebelum melelapkan mata, aku terfikir sesuatu yang agak mustahil tetapi boleh terjadi. Biasa la tu, orang bujang, angan-angan banyak sangat. Kemudian aku terlelap sehingga hansetku berbunyi menandakan pukul 5.30 pagi. Solat subuh, baca mathurat dan sambung tidur. Sedar-sedar dah pukul 9.25 pagi. Alamak!, pagi ni aku kena ke court. Ada sebutan kes. Bukan aku yang bersalah, tetapi sebutan kes kawan aku yang kena pecat akhir tahun lepas. Kes yang melibatkan JAWI Labuan. Kawan aku ni dipecat atas sebab yang tak ada sebab la. Tiba-tiba dapat surat pemecatan sebagai guru SRAI di Labuan. Pelik tapi benar. Isu ini sebenarnya adalah isu 'politik tak matang'. Rasanya tak perlulah aku ceritakan panjang lebar sebab isu ini dah jadi kes mahkamah. Kita tunggu dan lihat kesudahannya.

(aku ambil gambar je)
"Kita jangan salahkan orang lain kalau .... tidak dikenali oleh masyarakat Labuan. Kena salahkan diri sendiri."


Petikan kata-kata daripada salah seorang peguam yang cukup digeruni di Malaysia. Tuan Hj Mohamed Hanipa Maidin. Beliau sempat sharing kepada kami berkaitan undang-undang dan sedikit 'motivasi' kepada yang hadir pada malam itu. Harapannya kepada semua orang pada malam itu supaya tidak 'takut'. Sempat lagi beliau bergurau, "yang peliknya, yang selalu 'melawan' ni naik pangkat, tetapi yang tak aktif ni tak naik-naik pangkat". Hanya yang memahami akan memahami maksud diatas. "kalau kena transfer perkara biasalah tu, bukannya kena pecat pun".


Itu adalah harapan daripada seorang peguam yang telah banyak melalui kes-kes mahkamah dalam kehidupan sehariannya. Semasa aku berada di court tadi, ramai juga orang. Selepas aku parking SAA1561N aku, aku pun terus ke tingkat 2 bersama-sama dengan Pakcik Wahab yang kebetulan sampai sama waktu dengan aku. Lalu jak di tangga, orang dah 'tengok2' aku. Macam la aku ni bersalah. Risau juga kalau zip seluar terbuka ka, alhamdulillah bukan sebab itu. Lalu jak di tangga, 2 orang pesalah baru sahaja keluar dari kamar perbicaraan bersama-sama dengan 3 orang polis. Aku ingat sebutan kes dah selesai, tapi belum lagi mula. Terpaksa la berborak-borak dengan geng-geng yang ada di situ. Boring sambil menanti kes disebut, aku main game "Hill Climb Racing" yang ada dalam hansetku. Selepas sahaja kes 'disebut', kami pun beredar. Ambil gambar dan beredar ke Warisan untuk lunch dan berjumpa dengan beberapa orang wartawan mengenai kes tadi. Alhamdulillah kes ini dah masuk news harakahdaily petangnya. Kes ini akan dibicarakan dan tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.

Sebenarnya, tujuan isu pemecatan kawan aku ni di bawa ke mahkamah adalah untuk orang ramai tahu bahawa sebarang unsur penindasan yang 'tidak patut' perlu ada pembelaan dan bukannya hanya 'berserah' sahaja. Kita nak rakyat tahu bahawa Malaysia ni ada undang-undang dan bukannya undang-undang yang ada ni, milik pihak tertentu. 

Selesai sahaja semua aku pun balik rumah dah sambung agendaku. Harapanku untuk esok supaya dapat close case. Bukan kes mahkamah tetapi case takaful. Bulan ni aku kena 'betul-betul'. 

"jangan takut, just do it".......TQ nike

coretan harianku,

JeF


No comments: