Kehidupan...

Kehidupan umpama perjalanan sebuah kereta yang bergerak ke destinasi yang hendak di tuju dan akan berhenti sekiranya telah sampai...
Begitu la kehidupan...akan berhenti bila tiba masanya...

Jaga Diri...Jaga Hati...Jaga Iman...Hiasi Peribadi..
PERUBAHAN BERMULA DARI DIRI SENDIRI...
Photobucket

Saturday, December 3, 2011

University Of Life...


 Hari ini aku akan keluar sebagai seorang 'graduan UMS'. Hari ini aku bukan lagi seorang mahasiswa. Hari ini aku akan menjadi 'alumni'. Hari ini aku akan berhijrah ke suatu kehidupan baru. Umur pun semakin meningkat. Setiap gerak langkah selepas ini perlu diatur dengan baik. Setiap apa yang hendak dibuat perlu perancangan yang rapi agar apa yang hendak dilaksanakan akan membuahkan hasil yang diingini. Teringat kata-kata seorang sahabat, kehidupan diluar sana lebih mencabar. Itulah yang akan dan sedang aku tempuhi.

Friday, November 18, 2011

Coretan mingguan...

SAHABAT IBARAT MATAHARI
KEHANGATANNYA MENYENANGKAN JIWA
KEHILANGANNYA IBARAT BUMI KEHILANGAN MATAHARI
SUNGGUH TIADA SIAPA BERHARAPAN DEMIKIAN
BAHKAN LEBIH GEMBIRA DIRINYA HILANG
BERBANDING CAHAYANYA LENYAP MENINGGALKAN

Monday, November 7, 2011

Taman Dalam DIRI


Seorang muslim adalah pemilik sebuah taman yang indah. Dia menikmati kehidupan di dunia ini walaupun di hadapannya adalah cubaan dan ujian hidup yang penuh rencam dan ragam. Dia menikmati kehidupan kerana dia sedang berada di sebuah taman indah yang penuh tenang dan harmoni.

Kisah Pengorbanan Siti Hajar Ketika Mencari Air Di Padang Pasir

Friday, October 28, 2011

Nurul Syuhada



Alhamdulillah, akhirnya aku sampai juga di LCCT. Aku sampai lewat 20 minit daripada jadual penerbangan asal. Sampai di perkarangan mengambil barang, aku terus ke kaunter membeli tiket bas LCCT-KL Sentral. Harganya RM8. Aku singgah sebentar di KFC membeli air milo kerana tekak ku terasa dahaga. Selepas itu aku mencari bas yang patut aku ikut ke KL Sentral. Aku tiba di KL Sentral dalam pukul 2.45 PM. Sampai jak aku menunggu lagi suami adik aku. Akhirnya dia tiba setelah aku penat menunggu. Sampai di rumah, aku terus merebahkan diriku selepas membuat air white coffee sambil menunggu anak buahku kerana dia dihantar di tempat asuhan kanak-kanak. Rindu sangat dengan anak buahku SYUHADA..Sampai jak dia berasa hairan. Alhamdulillah dia boleh ku bawa main setelah aku mendekatinya perlahan-lahan. Selepas solat maghrib dan jamak isyak, aku dan family adikku keluar makan. Best tengok anak buahku yang dah makin LINCAH. Semoga anak buahku menjadi anak yang solehah dan bermanfaat untuk ISLAM.

Bersama ayahnya

Friday, October 21, 2011

Dana PASTI Ar-Raudhah W.P. Labuan


Bank ISLAM = 15-011-02-019253-1 
 
Sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi :
1. Jefri = 019-8728026 / 012-8254351
2. Harieyadi = 013-8995744 / 012-8852401
3. Qatrun Nada = 014-5691219
 
 
 

Monday, August 29, 2011

Terakhir.....Perubahan...



Pejam celik, pejam celik kita dah hampir sampai di penghujung garisan penamat bagi bulan Ramadhan 1432H. Pelbagai kenangan pastinya terpahat di dalam diri setiap individu yang merasai ramadhan kali ini. Mungkin ada diantara kita yang melalui peristiwa yang memilukan dan menyedihkan ketika ramadhan. Mungkin juga ada diantara kita yang mendapat sesuatu yang mengembirakan. Namun, jika difikirkan semua itu pasti ada sebab dan juga hikmah disebaliknya.

Dalam mana kita memilih menjadi seorang dai’e dalam gerakan ISLAM, kita akan memberi dan menerima,  jangan membataskan diri hanya dengan menerima, tidak bernilai dan tiada makna di sisi ISLAM kalau kita berdiri hanya untuk menerima semata-mata, hakikat sebenarnya adalah untuk MEMBERI ”....-Mujahidah cilik-

Sunday, August 21, 2011

Bubur Lambok

Bubuk Lambok

21 Ogos 2011, Yayasan Amal W.P. Labuan telah mengadakan program Edaran Bubur Lambok sempena 'Indah Ramadhan 2011'. Aktiviti memasak diadakan di Masjid Jamek Layangan. Program bermula seawal pukul 8.30 pagi. Edaran bubur lambok dibuat disekitar Bazar Ramadhan, Masjid Jamek Layangan, Masjid Kerupang dan Masjid Taman Perumahan Mutiara.


Jelajah Ramadhan Siri III.

Adie dan Hakim

Alhamdulillah, kita telah masuk ke fasa terakhir ramadhan 1432H. Jelajah Ramadhan siri III dan yang terakhir untuk ramadhan kali ini diteruskan lagi pada 20 Ogos 2011. Rombongan kali ini disertai seramai 11 orang muslimin dan 3 orang muslimat dengan menggunakan 6 buah kereta. Lokasi tumpuan kali ni adalah sekitar Kg. Sg. Bedaun, Sg. Buton, Layang-Layangan, Bukit Kuda, Kilan dan Bebuloh. Pada kali ini lebih kurang 25 buah rumah sahaja yang sempat dilawati. 

Tuesday, August 16, 2011

Jom Sahur siri II

Alhamdulillah, Program Jom Sahur kembali lagi. Kali ini kami berada di rumah seorang 'ibu' yang tinggal seorang diri di sebuah rumah yang agak usang terletak di Kg. Lubuk Temiang W.P. Labuan. 

Thursday, August 11, 2011

Kembara Ramadhan bermula...


 Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik. kita dah masuk ke fasa ke-2 bulan ramadhan 1432H. Dalam Fasa 1 Ramadhan, aku diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ustaz Dato' Abu Bakar Chik pada ramadhan yang ke-8 di rumah Haji Basran. Beliau datang ke Labuan untuk mencari dana bagi Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman Terengganu dan siri lawatan kerja untuk melihat keadaan di W.P. Labuan.  

Sunday, June 26, 2011

Misi Penyelamat dan Kasih Sayang


Hari ini merupakan hari bertambahnya umurku. Pelbagai ucapan aku terima dari sahabat-sahabat yang masih mengingati tarikh lahirku. Kepada adik usrahku Rafiq, terima kasih atas 'gambar misteri' yang dibuat olehnya. Lucu dan tergelak sendiri melihat gambar diri sendiri yang semakin 'berisi'. Hari ni juga aku dan beberapa orang sahabat dari Yayasan Amal meluangkan sedikit masa untuk melawat satu keluarga angkat Yayasan Amal. Rombongan pada malam itu diketuai oleh Harieyadi dan pemandu kami adalah Hakim. Rombongan kami disertai seramai 6 orang sahaja (3 muslimin dan 3 muslimat).

Saturday, June 25, 2011

Kem Tahsin Solat SMK Taman Perumahan Bedaun Labuan



Alhamdulillah, pada 24-25 Jun 2011 satu program berbentuk kerohanian iaitu Kem Tahsin Solat SMK Taman Perumahan Bedaun Labuan telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Yayasan Amal Labuan. Program ini melibatkan pelajar dari tingkatan 1-5 seramai 60 orang peserta. Terima kasih aku ucapkan kepada sahabatku, Harieyadi (S/U PEMUDA), Asri dan sahabat dari KAL kerana sudi memanggil diri ini untuk turut serta dalam menjayakan program berkenaan. Tidak dilupakan juga kepada adik usrah dari KML iaitu Nan, Khairul dan Aisyah serta Pijut (UMS KK) kerana turut serta dalam program berkenaan. 

Thursday, June 23, 2011

Si GADIS cilik, Bar’ah…..

Bar’ah, nama seorang gadis cilik, berumur 10 tahun terpaksa mengharungi hidup tanpa kedua-dua orang tuanya. Dengan umur yang begitu mentah, Bar’ah lebih matang dari usianya apabila cukup tenang berhadapan dengan peristiwa yang begitu tragis dalam kehidupannya. Menjadi yatim piatu seawal usia tersebut, Bar’ah melihat ia sebagai satu nikmat dan rahmat yang Allah berikan kepadanya.

Wednesday, June 22, 2011

Keningau


17-19 Jun 2011, aku berada di keningau kerana terlibat dengan Program Pembangunan Kompetensi Kepimpinan Tahap Pertengahan 2011 yang bertemakan "Nilai dan Etika dalam pengurusan". Program ini diadakan di Queen Hotel Keningau di bawah bahagian belia (kepimpinan dan sahsiah) JBS Labuan. JBS Labuan telah menjemput Haji Samsul Bahri Hussain daripada Synergy Active Training Sdn. Bhd. sebagai penceramah dan memberi pengisian sepanjang program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam. Sedikit gambar kenangan ketika berada di Keningau.

Wednesday, June 8, 2011

Buat yang tersayang...

Alhamdulillah..hari ini merupakan hari lahir orang yang ku sayangi. Dilahirkan di seberang dalam keluarga yang sederhana dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan orang adik beradik. Kalau dulu diri ini sering berjauhan, namun kini diri ini sentiasa dekat dengannya.

Sunday, June 5, 2011

3K Belia Bestari 2011


Hari ini merupakan penutup bagi program pertamaku di JBS Labuan. Program yang berbentuk pengenalan kepada program-program kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan juga Jabatan Belia dan Sukan Labuan. Program yang dianjurkan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam walaupun sepatutnya berlangsung selama 5 hari 4 malam. Namun atas sebab-sebab tertentu, program ini terpaksa dihabiskan awal sehari. Program ini disertai seramai 84 orang peserta. 28 orang peserta daripada Labuan dan selebihnya berasal dari seluruh Sabah. Umur peserta dalam lingkungan 18-31 tahun.

Monday, March 7, 2011

Hatimu untuk siapa???

Siri Baitul Muslim: Hatimu untuk siapa..??

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Tuesday, February 22, 2011

PRK UMS 2011

 
Alhamdulillah, PRK UMS akhirnya menutup tirainya pada hari ini. Kemenangan akhirnya berpihak kepada REVO-M. Bagi pihak PRO-M mereka hanya dapat memenangi 1 kerusi sekolah dan 2 kerusi umum. Walau bagaimanapun, undian tertinggi diungguli oleh calon dari PRO-M. Keputusan untuk kerusi umum :
 
1. Khairuddin = 3979
2. Khalil = 3672
3. Chin = 3589
4. Taira = 3571
5. Asiah = 3188
6. JRD = 3183
7. M. Ruzaini = 2868
8. Farah = 2866
9. Suhaimi = 2735
10. Zoel = 2643
11. Voon = 2577
12. Norfaiza = 2225
13. Adrianti = 2182
14. Asniah = 2059
15. Ikhwan = 1953
16. Rahmah = 1818

Friday, February 11, 2011

Thank You ALLAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana kasih sayang-NYA hari ini aku mendapat seseorang yang akan menjadi penyeri dalam kehidupan keluargaku. Pastinya, ibuku tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Setiap orang pasti mengimpikan suasana yang bahagia dalam hidup mereka. Begitulah juga dengan aku.

Friday, February 4, 2011

Hari MESRA Nur E-man 2011 (REHLAH)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan izin-NYA kelab Nur E-man atau lebih dikenali dengan nama UPS dapat mengadakan satu program "family day" yang julung kali diadakan. Program yang dianjurkan diadakan di Taman Pertanian Sabah Tenom selama 2 hari 1 malam (2-3 Februari 2011). Seramai 66 orang ahli kelab sahaja yang dapat mengikuti program ini.